Utusan Borneo (Sarawak)

Pengoperas­ian di PKRC Stadium Tertutup Sri Aman lancar dengan pematuhan SOP

-

KUCHING: Pengoperas­ian di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) Stadium Tertutup Sri Aman berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis yang berpuas hati dengan pengoperas­ian di PKRC tersebut berkata para petugas barisan hadapan telah menjalanka­n tugas mereka dengan sangat baik.

“Kita berterima kasih kepada pengurusan Perbadanan Sukan Negeri Sarawak kerana membenarka­n stadium ini digunakan sebagai PKRC untuk rawatan pesakit COVID-19,” katanya ketika lawatan ke pusat itu, kelmarin.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menambah, keutamaan kerajaan kini adalah kesejahter­aan rakyat dengan menyediaka­n suntikan vaksin percuma.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat untuk sedia menerima suntikan ini sebagai menyokong usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19.

“Jika matlamat kerajaan mengekang penularan COVID-19berjayak­ehidupan kita akan kembali seperti sediakala dan aktiviti ekonomi dapat kembali berkembang,” ujarnya.

Pada lawatan tersebut, Harden turut menyumbang bantuan makanan kering dan air minuman untuk keperluan petugas barisan hadapan dan pesakit yang ditempatka­n di PKRC berkenaan.

Turut dilaksanak­an pembersiha­n di pekarangan PKRC tersebut oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman.

Hadir sama, Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Pengurusan Bahagian Sri Aman, Pengarah Hospital Sri Aman Dr Hazwani Mohd Yusop serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia