Utusan Borneo (Sarawak)

RT Krokop sumbang dua termometer suhu badan di Taman Bulatan Piasau

-

MIRI: Berikutan dengan kebenaranm­elakukanak­tiviti sukan dan rekreaksi tanpa penonton dan penyertaan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, Jawatankua­sa Rukun Tetangga (RT) Krokop tampil menyumbang dua termometer suhu badan bagi digunakan di Taman Bulatan Piasau.

Menurut jurucakap RT Krokop, salah satu termometer berkenaan telah dipasang dan digunakan pada 1 Mac oleh mereka yang ingin melakukan aktiviti sukan dan riadah di taman terbabit.

Katanya, termometer tersebut disumbangk­an bagi memastikan orang ramai yang gemar ke taman terbabit untuk aktiviti sukan dan riadah, memeriksa suhu badan terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti.

Termometer berkenaan disediakan di pintu masuk taman di hadapan pondok keselamata­n.

“Justeru, orang awam yang datang ke taman terbabit diingatkan agar memeriksa suhu dan mengimbas kod QR MySejahter­a,” ujarnya sambil menambah kata, terdapat beberapa tempat turut disediakan cetakan MySejahter­a.

Sehubungan itu, beliau berharap orang awam memberi kerjasama dengan mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup separuh muka.

“Selain itu, orang awam yang berkunjung ke Taman Bulatan tersebut turut diingatkan agar tidak berkumpul beramai-ramai dalam usaha kita bersama mencegah penularan COVID-19,” tambahnya.

PKPB di seluruh Sarawak dilanjutka­n lagi selama tempoh dua minggu yang akan bermula pada 1 Mac sehingga 15 Mac ini berikutan peningkata­n kes COVID-19 di negeri ini.

 ??  ?? BANTUAN: Harden (dua kiri) menyerahka­n bantuan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan di PKRC Stadium Tertutup Sri Aman.
BANTUAN: Harden (dua kiri) menyerahka­n bantuan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan di PKRC Stadium Tertutup Sri Aman.
 ??  ?? IMBAS MYSEJAHTER­A: Antara pengunjung Taman Bulatan Piasau yang mengimbas kod QR MySejahter­a sebelum melakukan aktiviti sukan atau riadah di taman berkenaan, baru-baru ini.
IMBAS MYSEJAHTER­A: Antara pengunjung Taman Bulatan Piasau yang mengimbas kod QR MySejahter­a sebelum melakukan aktiviti sukan atau riadah di taman berkenaan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia