Utusan Borneo (Sarawak)

RM5.38 juta naik taraf jalan konkrit Kampung Bako

Dengan lebar 4.5 meter, jalan konkrit ini pasti beri manfaat kepada penduduk kampung berkenaan

-

KUCHING: Projek naik taraf jalan konkrit Kampung Bako bakal dilaksanak­an dengan kos RM5.38 juta dibiayai kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata dengan lebar 4.5 meter, jalan konkrit ini kelak pastinya memberi manfaat kepada penduduk kampung berkenaan.

“Salah satu faktor pembanguna­n dan kemajuan di sesebuah kawasan ialah adanya jalan perhubunga­n yang baik.

ADUN Demak Laut

“Menerusi jaringan atau jalan perhubunga­n yang baik, ia akan memudahkan penduduk memasarkan hasil tani dan perikanan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n Majlis Penyerahan Tapak Menaik Taraf Jalan Konkrit Kampung

Bako kelmarin.

Mengulas lanjut, Dr Hazland berkata projek itu telah mendapat kelulusan daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Kerja-kerja menaik taraf jalan ini katanya, akan mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan dan sebaik siap kelak ia akan mentransfo­rmasikan Kampung Bako menjadi lebih baik.

Projek itu juga katanya, akan mengubah landskap Kampung Bako menjadi kampung tradisi moden yang terkenal sejajar dengan terkenalny­a Taman Negara Bako di peringkat tempatan dan antarabang­sa.

Hadir sama Pengurus Projek Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Selatan Syahril Julaihi, Penolong Jurutera Residen JKR Wilayah Selatan Iskandar Trevor serta yang lain.

Salah satu faktor pembanguna­n dan kemajuan di sesebuah kawasan ialah

” adanya jalan perhubunga­n yang baik.

Dr Hazland Abang Hipni

 ??  ?? TURUN PADANG: Dr Hazland (kanan) melawat tapak projek naik taraf jalan konkrit di Kampung Bako yang bakal dilaksanak­an dengan kos RM5.38 juta.
TURUN PADANG: Dr Hazland (kanan) melawat tapak projek naik taraf jalan konkrit di Kampung Bako yang bakal dilaksanak­an dengan kos RM5.38 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia