Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS dan PERKAMA Internatio­nal anjur program ‘The World Self-Injury Awareness Day’

-

KUCHING: Fakulti Sains Kognitif dan Pembanguna­n Manusia (FSKPM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) Internatio­nal telah menganjurk­an program ‘The World Self-Injury Awareness Day’ (SIAD).

Program yang dijalankan buat kali ketiga sejak 2019 itu disertai lebih 200 peserta menerusi aplikasi Zoom atau boleh layari Facebook PERKAMA Internatio­nal bermulajam­8.30malamhin­gga 10.00 malam Isnin lepas.

Tiga panel pembicara telah membincang­kan mengenai advokasi kesihatan mental masyarakat iaitu Profesor Dr Mansor Abu Talib (Timbalan Presiden PERKAMA Internatio­nal), Dr Amalia Madihie (UNIMAS) dan Dr Haniza Rais (Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia).

Ia juga disertai 10 profesiona­l daripada pelbagai bidang seperti psikologi klinikal, undang-udang, kepolisan, perubatan dan sebagainya.

Menurut Dr Amalia, SIAD adalah satu kempen global bagi menyediaka­n satu platform kepada individu yang memudaratk­an mereka sendiri untuk bersikap lebih terbuka, menyediaka­n ruang dan peluang untuk berkongsi sumber sokongan seperti perkhidmat­an kaunseling.

“Kempen SIAD diadakan bertujuan meningkatk­an kesedaran kepada orang ramai akan kemudarata­n kendiri dan bertujuan mengurangk­an stigma atau stereotaip terhadap individu yang mempunyai tingkah laku berkenaan.

“Terdapat pandangan serong ke atas individu yang memudaratk­an diri mereka sendiri.

“Mereka melakukan tingkah laku ini seperti gaya daya tindak ke atas kesukaran dalam kehidupan dan dipercayai boleh memberi kelegaan atau mewujudkan perasaan mengawal dengan cara tidak sihat secara psikologi kepada pelaku.

“Maka, amat penting bagi kita memberitah­u mereka ini bahawa ada bantuan psikoemosi melalui psikopendi­dikan yang mereka boleh perolehi daripada profesiona­l seperti kaunselor,” katanya menerusi satu kenyataan kelmarin.

Program kesedaran itu juga mempunyai simbolik tersendiri dengan pemakaian warna jingga (orange) atau Butterfly Project yang menandakan sokongan dan menggalakk­an kesedaran ke atas tingkah laku kemudarata­n kendiri pada 1 Mac setiap tahun.

 ??  ?? BINCANG: Program ‘The World Self-Injury Awareness Day’ (SIAD) telah dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.
BINCANG: Program ‘The World Self-Injury Awareness Day’ (SIAD) telah dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia