Utusan Borneo (Sarawak)

Program imunisasi pulih keyakinan perniagaan, pertumbuha­n ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat membantu memulihkan keyakinan perniagaan dan seterusnya memacu pertumbuha­n ekonomi negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya, tindakan lebih ramai rakyat mendapat suntikan vaksin itu juga dapat meningkatk­an keyakinan pengguna untuk kembali keluar berbelanja dan seterusnya memulihkan keyakinan peniaga.

Beliau berkata, kerajaan juga menyasarka­n usaha vaksinasi itu turut berperanan dalam memacu pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di antara 6.5 peratus dan 7.5 pada tahun ini.

“Apabila sebahagian besar penduduk menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ada pihak berpendapa­t bahawa kerajaan sudah boleh mempertimb­ang untuk melonggark­an prosedur operasi standard (SOP) itu,” katanya dalam program Agenda Awani bertajuk ‘Setahun Malaysia Prihatin: Ekonomi dan Kesejahter­aan Rakyat,’ yang disiarkan pada Selasa.

Mengulas selanjutny­a, Mustapa berkata selain vaksin, faktor lain seperti permulihan ekonomidun­ia,hargakomod­iti termasuk sawit yang mencecah RM3,800 satu tan serta minyak mentah Brent yang meningkat lebih US$62 satu tong juga menjadi pemangkin terhadap prospek ekonomi lebih cerah bagi Malaysia.

Selain itu, beliau juga menyifatka­n perubahan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang kepada PKP Bersyarat (PKPB) mulai 5 Mac hingga 18 Mac 2021 yang turut membenarka­n rentas daerah, akan turut menyuntik impak positif untuk sektor pelanconga­n.

Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan telah dilancarka­n oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari, 2021.

Bertemakan ‘Lindung Diri, Lindung Semua,’ program itu dilaksanak­an dalam tiga fasa dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang manakala Fasa 2 (AprilOgos 2021) membabitka­n kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya.

Fasa 3 (Mei 2021-Februari 2022) pula melibatkan penduduk berumur 18 tahun ke atas – warganegar­a dan bukan warganegar­a dengan sasaran lebih 13.7 juta orang. — Bernama

 ??  ?? MUSTAPA
MUSTAPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia