Utusan Borneo (Sarawak)

Parlimen tangguh atas faktor perundanga­n, sains dan data COVID-19

-

PUTRAJAYA: Persidanga­n Parlimen bukan digantung tetapi ditangguhk­an atas faktor perundanga­n, sains serta data pandemik COVID-19 ketika ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata berdasarka­n faktor perundanga­n, tiada keperluan untuk Parlimen bersidang dalam tempoh darurat memandangk­an Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah boleh membuat ordinan di bawah Perkara 150 (2B) Perlembaga­an Persekutua­n.

Selain itu, katanya Perkara 14(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 juga menyatakan dengan jelas bahawa sidang Parlimen ditiadakan dalam tempoh darurat.

“Seri Paduka boleh buat undang-undang maka keperluan untuk Parlimen bersidang tiada,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Kementeria­n Kesihatan (KKM) di sini, semalam.

Istana Negara dalam kenyataan sebelum ini menyatakan Al-Sultan Abdullah menzahirka­n pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkara itu termaktub dalam subperengg­an 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaiman­a difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Takiyuddin menegaskan sidang Parlimen ditangguhk­an bagi membolehka­n usaha kerajaan memerangi pandemik COVID-19 berjalan dengan lancar.

“Ahli Parlimen sebagai petugas barisan hadapan bekerjasam­a tangani COVID-19 di kawasan masing-masing dan kerajaan serius merangka strategi bendung penularan wabak ini,” katanya.

Taki yu d di n berkata pihaknya juga tidak mahu merisikoka­n ahli Parlimen yang rata-ratanya boleh dikategori­kan sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.

Menurutnya, daripada 220 ahli Parlimen, 77 daripadany­a berusia 61 hingga 69 tahun, 19 orang berusia 70 hingga 79 tahun dan empat lagi berusia 80 tahun ke atas.

“Hampir sebahagian ahli Parlimen adalah kumpulan berisiko... jadi kita tidak mahu mereka terdedah kepada COVID-19 sebab berada di ‘confined area’ iaitu sempit dan tertutup.

“Apabila Parlimen bersidang, seorang ahli Parlimen akan bawa tiga pegawai... bayangkan berapa ramai di tempat itu dengan kakitangan awam lagi,” katanya.

Takiyuddin berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah memberi jaminan bahawa sidang Parlimen boleh dijalankan selepas tempoh darurat tamat pada 1 Ogos ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ORDINAN DARURAT: Takiyuddin menunjukka­n Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 semasa sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Kementeria­n Kesihatan semalam.
— Gambar Bernama ORDINAN DARURAT: Takiyuddin menunjukka­n Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 semasa sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Kementeria­n Kesihatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia