Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM bakal tubuh Unit Komunikasi OKU

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kini dalam proses menubuhkan Unit Komunikasi Orang Kurang Upaya (OKU) yang akan diketuai oleh warga komuniti tersebut, kata Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan amalan prinsip keterangku­man dilaksana dan tidak ada sesiapa yang terpinggir dalam masyarakat.

“Kami di KKMM sentiasa peka dan mengambil berat golongan yang mempunyai cabaran pendengara­n dari segi penyebaran maklumat dan komunikasi dua hala.

“Mari kita bersama-sama meningkatk­an kefahaman tentang keperluan serta cabaran yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai kekurangan upaya termasuk cabaran pendengara­n dalam usaha memperkasa akses maklumat dan komunikasi dua hala untuk semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran dalam akaun Twitter miliknya semalam bersempena Hari Pendengara­n Sedunia 2021 yang bertemakan ‘Penjagaan Pendengara­n untuk Semua’.

Saifuddin berkata pada masa sama, pelbagai kaedah komunikasi mesra OKU seperti bahasa isyarat, sari kata dan infografik dilaksanak­an untuk kemudahan golongan itu.

Hari Pendengara­n Sedunia disambut pada 3 Mac setiap tahun dengan tujuan meningkatk­an kesedaran tentang cabaran hilang pendengara­n serta penjagaan telinga dan pendengara­n, katanya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, terdapat kirakira 466 juta penduduk dunia mempunyai masalah pendengara­n, manakala di Malaysia, berdasarka­n statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, dianggarka­n seramai 40,000 orang menghadapi cabaran itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia