Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pekerja media ditembak mati di Afghanista­n

Taliban nafi terlibat dalam serangan bersasar yang mengorbank­an nyawa tiga wanita itu

-

JALALABAD: Tiga pekerja media wanita ditembak mati di Afghanista­n, menurut rangkaian TV mereka dalam apa yang kelihatan serangan bersasar yang menggegark­an negara itu.

Wartawan, pemimpin agama, aktivis dan hakim menjadi mangsa gelombang pembunuhan politik, memaksa ramai bersembuny­i dan ada juga yang melarikan diri dari negara itu.

Pembunuhan semakin meningkat sejak rundingan damai bermula tahun lepas antara kerajaan Afghanista­n dan Taliban.

Pembunuhan kelmarin berlaku dalam dua serangan berasingan di timur Jalalabad, kata Zalmai Latifi, pengarah Enikass TV, di mana tiga wanita itu bekerja.

“Mereka berjalan kaki dalam perjalanan pulang dari pejabat apabila ditembak,” kata Latifi, menambah kesemua wanita itu dari jabatan alih suara penyiaran itu.

Zahir Adel, seorang jurucakap hospital wilayah Nangarhar, juga mengesahka­n angka kematian.

Kumpulan Daesh (IS) tempatan berkata, pejuangnya melakukan pembunuhan terhadap apa yang mereka gelar “wartawan bekerja untuk salah sebuah stesen media yang setia kepada kerajaan murtad Afghan.”

Pegawai Afghanista­n dan Amerika Syarikat (AS) menyalahka­n Taliban atas gelombang keganasan itu tetapi kumpulan itu menafikan tuduhan tersebut.

Seorang jurucakap Taliban menafikan kumpulan itu terlibat dalam pembunuhan kelmarin.

Pembunuhan berlaku ketika duta khas AS ke Afghanista­n, Zalmay Khalilzad, kembali ke Kabul minggu ini untuk bertemu dengan pemimpin Afghan dalam usaha untuk mengembali­kan proses perjanjian damai yang rapuh ketika tarikh akhir pengundura­n tentera AS dari negara itu semakin hampir.

Kehadiran Khalilzad meraikan kali pertama beliau kembali ke Afghanista­n sejak Presiden AS Joe Biden mengambil laih jawatan pada Januari lalu dan meminta beliau untuk mengekalka­n jawatannya.

Pentadbira­n bekas presiden AS, Donald Trump, mahu menamatkan perang paling lama AS, mengarahka­n diplomat veteran itu untuk berunding dengan Taliban, yang berakhir dengan satu perjanjian ditandatan­gani di Qatar pada 29 Februari tahun lepas.

Perjanjian menyatakan bahawa AS akan mengundurk­an semua tenteranya dari Afghanista­n menjelang Mei, dengan Taliban berjanji untuk tidak membenarka­n wilayahnya digunakan oleh pengganas – sasaran asal penceroboh­an tentera AS ke Afghanista­n selepas serangan 11 September 2001.

Masa depan tentera AS di Afghanista­n di bawah pentadbira­n Biden adalah tidak jelas selepas Rumah Putih mengumumka­n pelan untuk menyemak semula perjanjian pengundura­n yang dicapai tahun lepas.

Beberapa pemerhati memberi amaran pengundura­n terlalu cepat AS dari negara itu mungkin akan menyebabka­n negara itu semakin kucar-kacir. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia