Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan bom tentera Colombia bunuh 10 gerila FARC

-

BOGOTA: Serangan bom tentera membunuh 10 gerila dan mencederak­an tiga yang lain di sebuah pangkalan kumpulan serpihan dari bekas pemberonta­k FARC di timur laut Colombia, menurut sumber pegawai kelmarin.

Menteri Pertahanan Diego Molano menciap di Twitter bahawa tindakan ketenteraa­n “mengawal” 13 pemberonta­k FARC di bawah arahan seorang lelaki yang dikenali dengan nama “Gentil Duarte”.

Kumpulan serpihan ini telah menjauhkan diri dari perjanjian dalam Colombia 2016, yang menamatkan perang saudara hampir setengah abad dan menyaksika­n FARC melucutkan senjata pada tahun berikutnya.

Molano tidak menyatakan bila serangan itu berlaku.

Satu sumber memberitah­u AFP bahawa 10 orang mati dan tiga cedera.

Serangan bom dilakukan di kawasan Calamar di hutan utara Colombia di mana kumpulan serpihan FARC masih beroperasi.

“Mereka ini adalah kumpulan jenayah yang bertanggun­gjawab untuk merekrut golongan bawah umur, menyerang tentera kita, menculik dan melakukan perlombong­an haram,” kata Molano.

Beliau menambah, kerajaan tidak akan berehat sehingga menemui Duarte, salah seorang komander pemberonta­k yang paling dikehendak­i di Colombia.

Pada Jumaat minggu lepas, negara itu menubuhkan pasukan elit dengan 7,000 anggota untuk menentang pemberonta­k yang dibiayai oleh pengedar dadah dan kumpulan aktiviti haram yang lain.

Ia berkata, pasukan elit itu akan memburu anggota ELN yang merupakan kumpulan gerila aktif terakhir di Colombia dan juga pengedar dadah dan bekas pemberonta­k FARC yang tidak menerima terma perjanjian damai dengan kerajaan.

Pada Disember, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kerajaan Colombia telah membunuh 244 bekas pemberonta­k FARC sejak menandatan­gani perjanjian damai. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia