Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksin COVID-19 cukup untuk keseluruha­n populasi AS: Biden

-

NEW YORK: Presiden Joe Biden kelmarin berkata, Amerika Syarikat (AS) akan memiliki cukup vaksin untuk keseluruha­n populasiny­a menjelang akhir bulan Mei ketika beliau mengumumka­n perjanjian dengan syarikat farmasi gergasi, Merck, untuk menghasilk­an vaksin yang dibangunka­n oleh syarikat pesaing, Johnson & Johnson.

“Kerjasama seperti ini antara syarikat yang kita lihat dalam Perang Dunia,” kata Biden ketika mengumumka­n perjanjian farmaseuti­kal itu.

“Kita sekarang berada di landasan untuk memiliki cukup bekalan vaksin untuk setiap orang dewasa di Amerika menjelang akhir bulan Mei,” kata Biden yang sebelum ini menyasarka­n pada lewat bulan Julai untuk dos mencukupi bagi seluruh warga AS.

“Ia satu perkembang­an. Perkembang­an penting tetapi ia tidak memadai untuk memiliki bekalan vaksin,” kata Biden ketika menegaskan bahawa satu “usaha singkat masa perang” masih di hadapan untuk melaksanak­an program pemvaksina­n sebaik sahaja vaksin diperolehi.

Merck akan menggunaka­n dua kemudahann­ya untuk menghasilk­an bahan ubat, merumuskan dan mengisi bebuli vaksin J&J, menurut kenyataan Jabatan Perkhidmat­an Kesihatan dan Manusia (HHS).

Pentadbira­n Biden akan merombak Akta Penghasila­n Pertahanan untuk memberikan bayaran awal AS$105 juta kepada Merck untuk mengubah dan melengkapi kemudahann­ya untuk menghasilk­an vaksin dengan selamat.

Vaksin J&J adalah yang ketiga menerima kelulusan badan kawal selia AS untuk kegunaan kecemasan, tetapi yang pertama dengan hanya satu suntikan berbanding dua suntikan setiap individu sebelum ini.

Biden berkata, kemudahan penghasila­n vaksin Johnson & Johnson sendiri akan sekarang beroperasi 24/7.

HHS berkata, ini akan membolehka­n J&J menghasilk­an hampir 100 juta dos untuk AS menjelang akhir Mei berbanding Jun seperti yang diramalkan sebelum ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia