Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi santai doktor kembar jawab pertanyaan kanak-kanak dalam ‘Operation Ouch!’ di TV1

-

APA yang akan terjadi bila kerangka manusia, angin kentut, dan hingus ada terletak di bahagian hadapan tubuh anda?

Pertanyaan spontan daripada anak-anak, seperti mengapa hingus keluar dari hidung ketika sakit ternyata begitu bersemanga­t ditanyakan.

Segala persoalan ini bakal dijawab oleh doktor kegemaran program TV Australia menerusi program diberi tajuk ‘Operation Ouch!’ yang juga dipenuhi dengan aksi luar biasa, eksperimen mengujakan dan fakta yang menakjubka­n.

26 episod program santai sains untuk kanakkanak ini disiarkan mewarnai hujung minggu seisi keluarga mulai 5 Mac ini, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 10.30 pagi mengisi slot TV1 Kids di TV1.

Dr Chris dan Dr Xand, pasangan doktor kembar ini berkongsi aksi perubatan yang lebih luar biasa, fakta menarik mengenai tubuh manusia dan bahkan eksperimen yang lebih mengujakan.

Apatah lagi bila melibatkan semua perkara yang disukai oleh anakanak mengenai siri yang disiarkan secara langsung di atas pentas.

Menariknya pendekatan dilakukan doktor bagi menjawab persoalan diajukan oleh kanak-kanak yang bertanya. Jawapan atas pertanyaan cairan yang keluar dari hidung tadi kerana kedudukan hidung yang berhubung dengan perut.

Untuk membuktika­nnya, Dr Xand minum susu berwarna biru, susu berwarna kuning, dan susu berwarna hijau lalu keluar cairan susu dari hidungnya.

Latar belakang dua doktor kembar lulusan Oxford ini khusus dalam dunia kedoktoran yang berkaitan dengan penyakit berjangkit seperti malaria dan demam berdarah. Dr Chris meraih gelar doktor dalam bidang virologi molekuler, sedangkan Xand seorang ahli Ebola.

Keduanya membahagik­an waktu bekerja dan penelitian kedoktoran mereka. Kedua-duanya juga menghabisk­an waktu di tempat-tempat terpencil sambil mempelajar­i praktik perubatan mereka di pedalaman Amerika Selatan, Afrika, dan Asia Tenggara.

Suasana humor yang ditonjolka­n dalam program ini membuat penjelasan berbagai ubat dan penyakit kepada kanakkanak supaya menjadi lebih difahami.

Dr Xand mengatakan, mereka mencuba berbagai cara untuk memastikan penuntut bidang perubatan juga dapat mempelajar­i sesuatu daripada apa yang mereka kongsikan.

Namun, pertunjuka­n perubatan ternyata menyumbang pengaruh besar dalam golongan kanak-kanak. Yang positifnya bila mana kanak-kanak yang menghidap penyakit mula berasa yakin bahawa penyakit mereka akan sembuh.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia