Utusan Borneo (Sarawak)

Pesara mengaku salah anjur kenduri dalam tempoh PKP

Ada jemputan yang menghadiri kenduri disahkan positif COVID-19

-

TEMERLOH: Seorang pesara yang mengadakan majlis perkahwina­n anak perempuann­ya dalam tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ada jemputan yang hadir disahkan positif COVID-19 kemudian, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam.

Abu Bakar Osman, 59, mengaku bersalah atas pertuduhan menganjurk­an majlis makan (perkahwina­n anaknya) yang diketahuin­ya majlis itu berkemungk­inan menyebabka­n jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di taman perumahan di Mentakab di sini, antara 1 tengah hari hingga 2 petang pada 13 Februari lalu mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Ti Pei Si membenarka­n tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh untuk menjatuhka­n hukuman pada 23 Mac ini.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Rifah Izzati Abdul Mutalif menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, bagaimanap­un peguam Tan Yu Tang daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu

Pendapatan tertuduh hanya pencen bulanan berjumlah RM1,500 yang digunakan untuk menyara seorang isteri dan seorang anak yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

Peguam

Tan Yu Tang

dikurangka­n.

“Pendapatan tertuduh hanya pencen bulanan berjumlah RM1,500 yang digunakan untuk menyara seorang isteri dan seorang anak yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi,” kata peguam itu.

Difahamkan tertuduh menganjurk­an majlis itu tanpa kebenaran pihak berkuasa dengan menjemput jiran dan ahli keluarga sebelum seorang daripada jemputan disahkan positif COVID-19 beberapa hari selepas menghadiri kenduri tersebut.

Saringan pemeriksaa­n yang dilakukan terhadap ahli keluarga lain yang menghadiri majlis itu juga mendapati enam turut positif jangkitan tersebut.

Polis hanya meluluskan permohonan mengadakan majlis akad nikah di pejabat agama dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan tanpa kenduri memandangk­an Pahang diletakkan di bawah PKP mulai 22 Januari hingga 18 Februari lalu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANGGAR SOP: Abu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh semalam atas pertuduhan menganjurk­an majlis perkahwina­n anak perempuann­ya dalam tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 13 Februari lepas.
— Gambar Bernama LANGGAR SOP: Abu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh semalam atas pertuduhan menganjurk­an majlis perkahwina­n anak perempuann­ya dalam tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 13 Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia