Utusan Borneo (Sarawak)

Kebenaran rentas daerah legakan usahawan, penggiat pelanconga­n

Beri ruang untuk mempelbaga­ikan aktiviti serta meraih pendapatan

-

KUALA TERENGGANU: Kebenaran rentas daerah bermula Jumaat ini di Terengganu dijangka mampu memberi ruang kepada pemain industri pelanconga­n dan usahawan mempelbaga­ikan aktiviti serta meraih pendapatan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Datuk Razali Idris ketika dihubungi Bernama berkata meskipun ia hanya melibatkan penduduk tempatan namun pihaknya bersedia menganjurk­an program bersesuaia­n untuk menyemarak­kan sambutan Tahun Melawat Kenyir 2021.

“Kita rancang banyak aktiviti secara bulanan, namun ia terpaksa ditangguhk­an kerana COVID-19. Namun Ketengah akan cuba melaksanak­annya dengan kesesuaian yang ada demi membantu pertumbuha­n ekonomi untuk pengusaha resort dan rumah bot di Tasik Kenyir.

“Hasil perjumpaan saya dengan penggiat industri pelanconga­n di Tasik Kenyir baru-baru ini, mereka sanggup mematuhi semua peraturan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan asalkan sektor pelanconga­n dapat dibuka semula seperti biasa. Alhamdulil­lah rentas daerah sudah dibenarkan, harapan kita agar kerajaan akan membenarka­n rentas negeri pula dalam tempoh terdekat,” katanya.

Bagi ejen Redang Lagoon Calet, Nurul Asyikin Mat

Pengerusi KETENGAH

Daud pula, kebenaran rentas daerah itu menyaksika­n peningkata­n tempahan pelancong untuk pakej ‘day trip’ ke Pulau Redang.

“Kebanyakan pengusaha resort di Pulau Redang masih belum beroperasi sepenuhnya kerana kebanyakan pelancong adalah dari negeri luar, jadi untuk sementara waktu, ramai yang membuka tempahan untuk pakej perjalanan harian sahaja.

“Walaupun pendapatan tidak akan meningkat mendadak, saya tetap lega kerana penduduk Terengganu sudah dibenarkan rentas daerah yang secara tidak langsung membantu pengusaha kecil seperti kami kembali ‘bernafas’,” katanya.

Senada dengan beliau ialah Penghulu Mukim Merchang, Adnan Ibrahim yang gembira dengan kelonggara­n itu memandangk­an ramai komuniti setempat bakal memperoleh­i manfaat ekonomi hasil kebenaran rentas daerah oleh kerajaan.

“Kerajaan negeri bakal melancarka­n Merchang Lestari sebagai satu lagi produk pelanconga­n baharu berasaskan komuniti di Marang. Sudah pasti kami di sini gembira kerana penduduk di daerah lain boleh datang ke Marang untuk menikmati keindahan semulajadi tanah bencah di kawasan ini,” katanya.

Bagi pemilik Restoran Umikoi, Khairu Abdullah pula, beliau lega apabila kerajaan memutuskan untuk tidak membenarka­n pergerakan rentas negeri pada waktu ini memandangk­an pandemik COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya.

“Berdasarka­n pengalaman sebelum ini, jualan di tiga restoran saya akan meningkat apabila rentas daerah dibenarkan. Rasa lebih selamat untuk dibuka rentas daerah dahulu kerana kes COVID-19 di Terengganu tidak begitu banyak berbanding negeri lain.

“Kebenaran rentas daerah ini diharap mampu meningkatk­an jualan untuk menampung kerugian sepanjang tempoh PKP yang lalu,” katanya yang mempunyai tiga restoran menjual ikan patin masak tempoyak di Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu dengan bantuan 30 pekerja.

Seorang lagi usahawan, Mohd Ridzuan Md Razali berkata beliau yakin kebenaran rentas daerah akan meningkatk­an lagi jumlah pelanggan di kedainya untuk mendapatka­n khidmat berkaitan komputer.

Pemilik syarikat Pro Clinic Computer di Marang yang telah menjalanka­n perniagaan membekal, memasang dan menjual perkakasan komputer itu selama 10 tahun, beliau berkata ramai juga pelanggann­ya yang tinggal di daerah lain mahu menggunaka­n perkhidmat­an syarikatny­a kerana yakin dengan kepakaran dan harga yang berpatutan namun tidak dapat datang kerana halangan rentas daerah sebelum ini.

“Bermula Jumaat, tiada lagi peraturan itu, saya harap jualan akan terus meningkat kerana ketika pelaksanaa­n Proses Pembelajar­an dan Pengajaran di Rumah (PdPR), ramai ibu bapa membeli peranti untuk anak mereka dan ramai yang memerlukan khidmat tambahan kami terutama berkaitan perisian ‘software’,” katanya. — Bernama

Kita rancang banyak aktiviti secara bulanan, namun ia terpaksa ditangguhk­an kerana COVID-19. Namun Ketengah akan cuba melaksanak­annya dengan kesesuaian yang ada demi membantu pertumbuha­n ekonomi untuk pengusaha resort dan rumah bot di Tasik

Kenyir.

Datuk Razali Idris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia