Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk bimbang tebing longkang runtuh

-

JOHOR BAHRU: Penduduk di Jalan Ketapang 9, Taman Rinting, di sini, bimbang terhadap keselamata­n mereka selepas tebing longkang di laluan masuk jalan itu runtuh sejak kira-kira empat bulan lepas.

Seorang penduduk, Mohamad Ashraf Mat Jusoh, 27, berkata keadaan tebing yang runtuh sedalam tiga meter itu menyebabka­n penduduk perlu berwaspada ketika menaiki kenderaan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Katanya, lokasi kejadian terbabit yang berhadapan dengan sebuah sekolah rendah juga menambah kerisauan ibu bapa walaupun pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah meletakkan penghadang.

“Kita sebagai penduduk risau keselamata­n anak-anak sebab tebing ini tinggi, takut terjatuh dan cedera.

“Jika orang yang memandu kenderaan tidak biasa lalu kawasan ini, dikhuatiri akan melanggar kon penghadang dan terjatuh ke tebing…lebih-lebih lagi apabila malam, ia berbahaya,” katanya yang ditemui pemberita di lokasi tebing tersebut, semalam.

Sehubungan itu, Mohamad Ashraf berharap MBJB dapat melakukan pembaikan segera bagi mengelakka­n keadaan lebih buruk.

Sementara itu, Presiden Pusat Aduan Rakyat Pasir Gudang Syed Othman Abdullah berkata kejadian sama pernah berlaku tidak jauh dari lokasi tersebut, kira-kira dua tahun lepas.

“Dipercayai tebing ini runtuh disebabkan air melalui saluran paip yang keluar ke longkang ini tersumbat, sekali gus menyebabka­n tebing sedalam tiga meter ini boleh runtuh,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghubung­i MBJB untuk mengetahui perkembang­an lanjut berhubung kejadian itu dan dimaklumka­n bahawa ia masih dalam proses peringkat kejurutera­an.

“Kita faham pihak MBJB akan ambil masa untuk lalui proses tender dan sebagainya tetapi berdasarka­n aduanaduan diterima, saya harap ia dapat dipercepat­kan.

“Ïni kerana kita mahu mengelakka­n insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya yang turut mahu Ahli Majlis di kawasan itu memainkan peranan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu penduduk. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Syed Othman (dua kanan) dan penduduk menunjukka­n keadaan tebing runtuh yang berlaku di Jalan Ketapang 9, Taman Rinting Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Syed Othman (dua kanan) dan penduduk menunjukka­n keadaan tebing runtuh yang berlaku di Jalan Ketapang 9, Taman Rinting Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia