Utusan Borneo (Sarawak)

RM24.7 juta rangkumi enam inisiatif ‘Pakej Kita Selangor’ selesai dibelanja

-

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor telah membelanja­kan sebanyak RM24.7 juta melalui ‘Pakej Kita Selangor’ yang diumumkan pada 20 Januari lalu bagi membantu rakyat terkesan oleh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata perbelanja­an itu yang memanfaatk­an 108,545 rakyat Selangor meliputi enam inisiatif di bawah pakej khas kerajaan negeri yang telah selesai dilaksanak­an sepenuhnya.

“Kita telah membelanja­kan 32 peratus daripada jumlah keseluruha­n peruntukan RM73 juta diumumkan baru-baru ini. Enam program selesai dijalankan iaitu bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan merangkumi petugas hospital, polis dan tentera yang menjaga sekatan jalan raya, bantuan banjir #KitaSelang­or kepada negeri-negeri ditimpa banjir serta hapus kira Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor.

“Turut termasuk ialah penangguha­n sewa tiga bulan untuk peserta Skim Smart Sewa, pengecuali­an dan penangguha­n sewa rumah

Program Perumahan Rakyat dan Council Homes serta pengoperas­ian Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) dan Smart Selangor Centre of Excellence (CoE2),” katanya selepas melawat dan melancarka­n SSOC di Dewan Jubli Perak, semalam.

Amirudin berkata baki 14 inisiatif yang meliputi saringan bersasar, bantuan pengangkut­an bagi pesakit COVID-19 berisiko rendah, pemberian bakul makanan, program E-Kitchen, Skim Niaga Darul Ehsan serta program-program lain sedang giat dilaksana oleh agensi terlibat.

Pada 20 Jan lalu, kerajaan negeri Selangor mengumumka­n ‘Pakej Kita Selangor’ melibatkan peruntukan RM73.87 juta bagi membantu rakyat dan pihak yang terjejas oleh pelaksanaa­n semula PKP yang dikuatkuas­akan pada 13 Januari lepas.

Terdahulu, Amirudin berkata SSOC berperanan sebagai pusat operasi pemusatan data, kawal dan perintah antara agensi negeri seperti Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan

“SSOC diwujudkan untuk menempatka­n beberapa agensi penting yang melibatkan operasi harian seperti bas, kutipan sisa dan keselamata­n, serta pengurusan kejadian bencana dengan lebih pantas seperti pembakaran terbuka, pencemaran dan banjir.

“SSOC juga berupaya memberi maklum balas serta maklumat terkini berkenaan usaha-usaha kerajaan negeri menangani pandemik COVID-19 melalui Pasukan Petugas Khas Selangor untuk COVID-19 (STFC) yang juga beroperasi di sini,” katanya.

Mengulas perkembang­an program suntikan vaksin kepada barisan hadapan, Amirudin berkata setakat ini lebih 2,000 telah menerima dos pertama vaksin itu.

“Seramai 68,677 orang penerima vaksin fasa pertama di Selangor meliputi 37,151 petugas Kementeria­n Kesihatan; 14,357 petugas klinik dan hospital swasta serta 17,169 petugas barisan hadapan bukan kesihatan,” katanya, menambah lapan hospital dan 30 klinik terlibat dalam fasa pertama program. — Bernama

GEORGE TOWN: Tenaga Nasional Bhd (TNB), Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS Malaysia Bhd telah melantik kontraktor untuk membaiki kerosakan kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km3.2 yang terbakar minggu lepas.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sehingga semalam, syarikat itu masih belum mendapat maklumat penuh dari Jabatan Bomba mengenai punca kebakaran yang berlaku.

“Kontraktor akan masuk ke lokasi esok untuk tujuan pembaikkan yang dijangka akan mengambil masa selama 119 hari atau empat bulan untuk dibaik pulih secara sepenuhnya. Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kos baik pulih juga masih dalam penilaian,” katanya.

Kabel elektrik 132kV dari Pencawang Masuk Utama Bukit Tengah ke Bayan Mutiara di bawah Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.2, dilaporkan terbakar kira-kira jam 4 petang pada 22 Februari lepas sehingga menyebabka­n kesesakan teruk di kedua-dua hala jambatan berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia