Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Perak terima sebahagian lagi vaksin

-

IPOH: Perak menerima sebahagian lagi bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech yang dihantar ke empat Pusat Simpanan Vaksin (PSV) semalam bagi pelaksanaa­n fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalath­rash Wahid berkata bekalan vaksin itu dibawa menaiki kenderaan logistik dari PSV di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan kawalan ketat yang diiringi pasukan kereta peronda polis (MPV) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik bermula jam 9.15 pagi.

“Kesemua bekalan vaksin itu dibawa ke empat PSV di Perak iaitu Hospital Taiping,

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Hospital Angkatan Tentera di Lumut dan Hospital Teluk Intan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata bekalan itu dibawa ke Hospital Taiping sebelum selebihnya dibawa ke HRPB dan tiba pada jam 11.50 pagi manakala sebuah lagi kenderaan juga tiba di Hospital Angkatan Tentera Lumut pada 11.50 pagi sebelum sebahagian lagi dibawa ke Hospital Teluk Intan.

Tinjauan Bernama di HRPB di sini, mendapati proses penghantar­an vaksin tersebut berjalan lancar dan dilaksanak­an dengan baik.

Sementara itu, Pengerusi

Jawatankua­sa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin ketika dihubungi berkata bekalan vaksin yang tiba itu merupakan dos untuk petugas barisan hadapan fasa pertama yang masih belum mendapatka­n suntikan.

Berdasarka­n data Jabatan Kesihatan negeri, Perak sebelum ini telah menerima 22,230 dos pertama bekalan vaksin untuk diberikan sepanjang pelaksanaa­n fasa pertama program melibatkan 39,760 petugas barisan hadapan yang dijangka selesai pada penghujung April ini.

Mereka terdiri daripada 22,094 petugas di bawah Kementeria­n

Kesihatan manakala 17,666 lagi merupakan petugas barisan hadapan daripada jabatan lain yang turut terlibat secara langsung dalam aktiviti pencegahan dan kawalan COVID-19.

Bekalan pertama vaksin jenis sama tiba Perak pada 24 Februari lepas dan ditempatka­n di keempat-empat PSV berkenaan.

Pada Isnin lepas, progam pemberian vaksin bermula dengan Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad menjadi antara yang terawal menerima suntikan vaksin berkenaan di Pusat Pemberian Vaksin yang ditempatka­n di Stadium Indera Mulia, di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia