Utusan Borneo (Sarawak)

Sijil vaksinasi pintar pengesahan terima suntikan vaksin COVID-19

Kerajaan bincang dengan WHO bagi pastikan sijil diterima negara lain

-

PUTRAJAYA: Malaysia akan mengeluark­an sijil vaksinasi pintar sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, perkara itu sedang dibincangk­an dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan sijil tersebut diterima oleh negara lain.

“Saya telah adakan persidanga­n secara maya dengan pihak WHO berhubung perkara ini dan sijil ini akan dikemas kini bagi memastikan ia memenuhi piawaian antarabang­sa.

“Dalam masa sebulan kita akan laksanakan sijil ini sebagai pengesahan penerimaan suntikan vaksin COVID-19,” katanya dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Kementeria­n Kesihatan (KKM) di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Dr Adham berkata pengurusan suntikan vaksin COVID19 di hospital swasta masih dalam proses perbincang­an.

Ketika ini katanya hanya hospital kerajaan menyediaka­n suntikan vaksin itu secara percuma.

“Jika hospital swasta ingin menjalanka­n vaksinasi, pihak mereka perlu menggunaka­n saluran seperti Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia serta beberapa persatuan untuk prosesliba­turus,”katanyayan­g menjangkak­an perkara itu akan diputuskan pada fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. — Bernama

Saya telah adakan persidanga­n secara maya dengan pihak WHO berhubung perkara ini dan sijil ini akan dikemas kini bagi memastikan ia memenuhi piawaian antarabang­sa.

Datuk Seri Dr Adham Baba

Menteri Kesihatan

 ?? — Gambar Bernama ?? LINDUNGI DIRI: Dr Adham (kiri) dan Takiyuddin menunjukka­n plakad ‘Lindungi Diri Lindungi Semua’ dan ‘#KitaMestiM­enang’ selepas sidang media di Kementeria­n Kesihatan, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama LINDUNGI DIRI: Dr Adham (kiri) dan Takiyuddin menunjukka­n plakad ‘Lindungi Diri Lindungi Semua’ dan ‘#KitaMestiM­enang’ selepas sidang media di Kementeria­n Kesihatan, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia