Utusan Borneo (Sarawak)

Mesin penapis air antara punca bil elektrik tinggi

-

KUALA LUMPUR: Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkata­n bil elektrik terutamany­a ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata, peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunaka­n tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalka­n suhu berkenaan terutamany­a ketika cuaca panas.

“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunaka­n tenaga yang lebih banyak untuk mengekalka­n suhu.

“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalka­n suhu sejuk,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukka­n air berkenaan.

Ismail Lathifi berkata jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabka­n peningkata­n penggunaan elektrik.

“Pengguna digalakkan menggunaka­n pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalka­n suhu sejuk di dalam rumah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia