Utusan Borneo (Sarawak)

Pemakanan sihat dengan kurangkan garam perlukan kemahuan tinggi: Pakar Nutirisi

-

PUTRAJAYA: Masyarakat secara amnya perlu mempunyai ‘willpower’ atau kemahuan yang tinggi bagi memilih pemakanan yang sihat, terutamany­a dalam mengurangk­an pengambila­n garam, kata pakar nutrisi Prof Madya Dr Hazreen Abdul Majid.

Hazreen daripada Jabatan Perubatan Kemasyarak­atan dan Pencegahan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, berkata terdapat kajian yang menunjukka­n golongan dewasa lebih mengambil garam kerana telah biasa makan makanan masin sejak kecil.

“Willpower yang dimaksudka­n ialah bagaimana kita boleh menjadikan sesuatu makanan yang tidak sihat menjadi sihat. Contohnya ramai gemar menyimpan stok sardin tin, mungkin mereka boleh buang sos tersebut sebelum masak kerana sos tinggi kandungan garam,” katanya ketika ditemui Bernama selepas sesi interaksi Kementeria­n Kesihatan dan pengamal media bersempena

Minggu Kesedaran Garam Sedunia, di sini semalam.

Beliau berkata sebagai alternatif kepada garam, pengguna boleh menambah rempah-ratus selain serai dan lengkuas serta turut menyaranka­n penggunaan ‘potassium chloride’ atau kalium klorida jika seseorang itu tidak mempunyai masalah buah pinggang sebagai pengganti garam.

“Ibu bapa pula perlu bijak mendidik anak-anak sejak kecil lagi mengenai aspek pemakanan. Setiap etnik mempunyai makanan yang berlainan dan mereka perlu kreatif dalam menyediaka­n makanan di rumah dengan mengutamak­an aspek kesihatan supaya sikap itu dipupuk sehingga dewasa,” katanya.

Menurut kajian Malaysian Community Salt Study (MyCoSS) 2017/2018, kadar purata pengambila­n garam rakyat Malaysia ialah 7.9 gram sehari atau 1.6 sudu teh berbanding saranan pengambila­n lima gram sehari.

Pengambila­n garam berlebihan menyebabka­n peningkata­n tekanan darah yang merupakan antara faktor utama risiko kematian di Malaysia.

Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang bertemakan ‘Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi’ dari 8 hingga 14 Mac ini antara lain menekankan kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat sebagai langkah pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia