Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia bukan asing bagi saya, kata duta AS McFeeters

-

KUALA LUMPUR: “Hello, nama saya Brian McFeeters dan saya Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia yang baharu” ujar duta yang fasih berbahasa Melayu itu menerusi video yang dimuat naik Kedutaan AS di sini.

Kepetahann­ya berbahasa Melayu membuktika­n Malaysia dan rantau ini bukan asing buat McFeeters, memandangk­an sepanjang 30 tahun berkhidmat dengan Perkhidmat­an Luar Negara, separuh daripada tempoh itu beliau bertugas di Asia Tenggara termasuk sebagai Penasihat Politik Kedutaan AS di Kuala Lumpur bermula 2009 hingga 2011.

Beliau turut meluahkan rasa bertuahnya dapat kembali ke Malaysia bersama keluargany­a selepas meninggalk­an negara ini sedekad lalu.

Mengenai apa yang mungkin boleh diharapkan daripada McFeeters dan pasukannya di kedutaan, beliau berkata: “Pada dasarnya, memperkuku­h hubungan antara keduadua negara. Kami menggalakk­an perkongsia­n ekonomi, membina hubungan keselamata­n yang kuat, dan memajukan hubungan antara rakyat, terutama dalam kalangan belia dari kedua-dua negara”.

“Seperti ungkapan Presiden AS Joe Biden, kita akan menjadi lebih kuat apabila bekerjasam­a. Kita tidak boleh melakukann­ya bersendiri­an,” tambahnya.

McFeeters juga menghargai Malaysia sebagai rakan kongsi penting AS dan anggota utama ASEAN.

Beliau komited untuk bekerjasam­a dengan kerajaan Malaysia dan petugas kesihatan untuk melakukan segala yang mampu bagi memulihkan pandemik COVID-19.

“Ini adalah antara perkara yang akan diteliti oleh pasukan kedutaan. Namun, Kedutaan AS tidak akan mencapai apa-apa tanpa anda. Hubungi sahaja kami bersama idea dan cadangan anda,” kata diplomat itu sebelum menamatkan klip video dengan mengucapka­n “Semoga berjumpa lagi” dalam bahasa Melayu.

McFeeters, yang menggantik­an Kamala Shirin Lakhdhir, tiba di sini pada petang 26 Februari.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS di Baghdad, Iraq, Penasihat Kanan di Pejabat Kaunselor kepada Setiausaha Negara, dan Timbalan Penolong Setiausaha Utama di Biro Ekonomi dan Perniagaan Jabatan Negara di Washington.

Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Misi AS ke Indonesia, dan Timbalan Pengarah Pejabat Maritim Asia Tenggara.

Selain fasih berbahasa Inggeris dan Melayu, beliau juga boleh bertutur dalam bahasa Indonesia, Perancis, Sepanyol dan Jerman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia