Utusan Borneo (Sarawak)

Juve benam Spezia 3-0, bersemanga­t untuk juarai Serie A buat kali ke-10

Pasukan Pirlo berada tiga mata di belakang pasukan tangga kedua AC Milan dan menghampir­i tujuh mata di belakang pendahulu liga Inter Milan

-

MILAN: Juventus mengembali­kan harapan untuk menjuarai Serie A buat kali ke-10 setelah mereka menumpaska­n Spezia 30 pada hari Selasa dan menghampir­i tujuh mata di belakang pendahulu liga, Inter Milan.

Pasukan Andrea Pirlo kebuntuan untuk masa yang lama, namun gol separuh masa kedua oleh Alvaro Morata, Federico Chiesa dan Cristiano Ronaldo berjaya meraih kemenangan.

Juve berada tiga mata di belakang pasukan tangga kedua AC Milan, yang menumpaska­n Udinese pada Rabu, manakala Inter Milan mendahului dengan empat mata dalam perlawanan mereka di Parma pada Khamis.

“Jurangnya ialah hanya mata yang membezakan kami,” jurulatih Juventus, Pirlo yang telah mengambil alih sejak awal musim, kata kepada Sky Sport Italia.

“Kami sedar bahawa ia persaingan yang sukar, Inter telah bermain selama dua tahun dan dilengkapi dengan strategi mantap, namun kami baru sahaja bermula musim ini.

“Kami masih berhasrat untuk muncul juara.”

Pasukan gergasi Turin itu telah mengunggul­i liga Itali itu sembilan kali, tetapi perlu berusaha gigih untuk menghalang dua lagi pesaing kelab Milan daripada memintas kejuaraan mereka.

“Kami berusaha untuk menang, jika tidak kami akan mengucapka­n tahniah kepada pemenang, namun selagi masih berpeluang, kami pasti akan beriktihar sehabis baik,” kata Morata.

Juventus bermula dengan hambar, seperti perlawanan seri hujung minggu di Verona, dengan peluang terbaik mereka di separuh masa pertama menyaksika­n cubaan Chiesa tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid.

Namun juara bertahan itu meningkatk­an prestasi pada separuh masa kedua dan Ronaldo tidak bernasib baik apabila cubaannya pada minit ke-49 terkena palang.

Anak buah Pirlo akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-62 apabila Morata menyudahka­n hantaran Federico Bernardesc­hi meskipun pasukan tuan rumah perlu menanti pengesahan dari video bantuan pengadil (VAR) bahawa pemain sayap itu tidak ofsaid.

Bernardesc­hi juga menyumbang kepada gol kedua apabila dia melepasi pertahanan Spezia di sayap kiri. Dia berjaya melorong bola kepada Chiesa yang cubaannya ditepis oleh penjaga gol by Ivan Provedel, tetapi berjaya menolak bola muntah ke pintu gol. Masih ada masa untuk Rodrigo Bentancur melakukan serangan pantas yang disempurna­kan oleh Ronaldo, untuk gol liga ke-20 beliau musim ini.

I n i merupakan musim ke-12 berturut-turut di mana Ronaldo telah menjaringk­an 20 gol liga sejak musim terakhirny­a bersama Manchester United, apabila menjaringk­an 18 gol dalam musim Liga Perdana 2008/2009. — AFP

Kami sedar bahawa ia persaingan yang sukar, Inter telah bermain selama dua tahun dan dilengkapi dengan strategi mantap, namun kami baru sahaja bermula musim ini. Kami masih berhasrat untuk menjuarai.

Andrea Pirlo

Jurulatih Juventus

 ??  ?? RONALDO
RONALDO
 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Federico Chiesa (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Spezia Riccardo Marchizza pada perlawanan Serie A the Itali di antara Juventus menentang Spezia di stadium Juventus di Turin, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Federico Chiesa (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Spezia Riccardo Marchizza pada perlawanan Serie A the Itali di antara Juventus menentang Spezia di stadium Juventus di Turin, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia