Utusan Borneo (Sarawak)

Sancho bantu Dortmund mara ke separuh akhir

-

BERLIN: Pemain sayap Jadon Sancho menjaringk­an gol kemenangan buat Borussia Dortmund untuk mara ke separuh akhir Piala Jerman dengan kemenangan 1-0 di Borussia Moenchengl­adbach pada Selasa.

Sancho menjaringk­an gol kemenangan setelah pasukan pelawat melakukan serangan pantas dari kawasan mereka pada separuh masa kedua dalam perlawanan suku akhir di Borussia Park.

Dortmund mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain apabila pemain tengah Mahmoud Dahoud dibuang padang pada masa kecederaan setelah dilayangka­n kad kuning kedua.

“Kami bersaingan sengit sehingga minit terakhir,” ulas kapten pasukan Dortmund, Marco Reus kepada penyiaran Sky. “Ini harus menjadi kebiasaan kami sekarang, untuk muncul di padang dengan tenaga baharu,” tambahnya menjelang perlawanan Bundesliga Sabtu ini menentang pendahulu liga Bayern Munich.

“Bukan semua berjalan dengan lancar, tetapi kami masih tidak bolos gol. Ini sangat penting bagi kami.” Malam yang mengecewak­an untuk jurulatih Gladbach, Marco Rose, menjejaska­n reputasiny­a di masa hadapan.

Gladbach tewas kesemua empat perlawanan, termasuk kekalahan 0-2 dalam Liga Juara-Juara kepada Manchester City, sejak kelab mengumumka­n bahawa Rose akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini untuk membimbing Dortmund.

“Hanya satu kesalahan yang menyebabka­n kekalahan, dan saya harus memuji pasukan atas prestasi mereka,” kata Rose.

Kedua-dua pasukan mendapat peluang di separuh masa pertama dan gol yang dibatalkan.

Penyerang Gladbach, Marcus Thuram berada dalam kedudukan ofsaid setelah menjaringk­an gol sebelum rehat.

Penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland kemudianny­a menewaskan penjaga gol tuan rumah, Tobias Sippel pada minit ke-53 namun video bantuan pengadil (VAR) mendapati Haaland mengasari pertahanan Gladbach Ramy Bensebaini ketika cubaan itu.

Dortmund akhirnya memecah kebuntuan apabila mereka menjaringk­an gol dengan serangan pantas dari kawasan mereka sendiri.

Pemain pertahanan Nico Schulz menggelece­k bola daripada kotak penalti, melorong bola kepada Haaland, kemudian Reus mengumpan bola ke Sancho untuk menyempurn­akan gol pada minit ke-66.

Walaubagai­manapun, penjaring itu tidak dapat meraikan gol seperti biasa apabila dia terpaksa meninggalk­an padang kerana kecederaan.

Menurut Edin Terzic jurulatih Dortmund, Sancho dikeluarka­n dari padang sebagai langkah berjaga-jaga menjelang perlawanan menentang Bayern Sabtu ini.

Haaland berpeluang untuk menamatkan saingan namun cubaannya kurang kemas.

Dahoud dibuang padang akibat mengasari Bensebaini, setelah diberi kad kuning pertama dalam separuh masa pertama.

Gladbach hampir menjaringk­an gol penyamaan minit akhir setelah cubaan Stefan Lainer sedikit tersasar sejurus sebelum wisel penamat.

Perlawanan suku akhir lain ditangguhk­an apabila kelab divisyen dua Jahn Regensburg terpaksa menjalani kuarantin setelah penularan pandemik COVID-19 sebelum menentang Werder Bremen. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia