Utusan Borneo (Sarawak)

Wawrinka tersingkir kejohanan ATP, Rublev meneruskan cabaran

-

ROTTERDAM: Stan Wawrinka disingkirk­an dari kejohanan ATP Rotterdam pada pusingan pertama dengan kekalahan 6-4 dan 7-5 kepada pemain Rusia, Karen Khachanov.

Juara tiga kali Grand Slam itu bermain perlawanan pertama sejak tewas lima set pada pusingan pertama menentang Marton Fucsovics di Terbuka Australia, tewas kepada pemain ranking ke-21 dunia, Khachanov.

Khachanov melangkah selesa tanpa kehilangan servis beliau ketika menentang pemain pilihan kelapan itu.

Pemain 24 tahun itu akan betemu dengan Cameron Norrie, pemain kelayakan dari Britain di pusingan 16 akhir.

Rakan senegara Khachanov dan pilihan keempat Andrey Rublev mara ke pusingan seterusnya dengan kemenangan 76(8/1) dan 6-3 ke atas kelayakan Amerika Syarikat (AS) Marcos Giron.

Pemain Rusia itu akan bertemu dengan bekas pemain nombor satu dunia Andy Murray dalam pusingan kedua.

“Andy ialah seorang legenda dan saya mempunyai hubungan sangat baik dengannya,” ulas Rublev. “Beliau seorang individu dan pemain yang baik. Beliau pernah mengalahka­n saya sebelum ini (6-3, 6-0, 6-2 di pusingan kedua Terbuka Australia 2017).

“Saya pasti kami akan mempunyai pertemuan sengit nanti,” kata pilihan kedua Stefanos Tsitsipas, yang mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 7-6(7/4) ke atas Egor Gerasimov dari Belarus.

PemainGree­ceitumenew­askan Rafael Nadal dalam separuh akhir Terbuka Australia bulan lepas, hilang servis sekali dalam setiap set namun tidak memadai untuk menempah tempat di tempat 16 akhir menentang Hubert Hurkacz dari Poland, yang menewaskan Adrian Mannarino 6-3, 7-6 (8/6).

“Kami kerap bertemu sebelum ini. Beliau ialah pesaing yang hebat, dan memberi tentangan kepada saya. Perlawanan ini adalah suatu cabaran,” ulas Tsitsipas. — AFP

 ??  ?? WAWRINKA
WAWRINKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia