Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah FC dalam proses akhir dapatkan khidmat import baharu

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Salah seorang dari empat pemain import yang sudah `dilamar’ Sabah FC sudah berada di sini.

Pengurus pasukan, Ahmad Marzuki Nasir berkata, seorang lagi berada di Kuala Lumpur manakala yang dua lagi sedang dalam perjalanan.

Marzuki tidak mendedahka­n nama tetapi empat pemain `dilamar’ Sabah FC sebelum ini ialah pemain sayap kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani; pemain tengah kebangsaan Gabon, Levy Madinda; pemain tengah dari Macedonia, Ristro Mitrevski dan penyerang dari Liberia, Sam Garyahzon Johnson.

Menurutnya, pemain import berkenaan tidak dapat datang lebih awal disebabkan beberapa kekangan termasuk dalam soal dokumentas­i serta prosedur-prosedur ketat yang perlu dipatuhi dalam tempoh krisis pandemik COVID-19.

Apapun, ianya kini dalam proses akhir untuk Sabah FC dapatkan khidmat pemainpema­in import baru itu.

Bagaimanap­un, dengan perlawanan pertama menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka berlangsun­g Sabtu ini, Sabah FC dijangka belum dapat menggunaka­n khidmat empat import barunya itu.

Marzuki bagaimanap­un masih mengharap ada di antara import baru itu boleh beraksi kerana Sabah FC kini hanya diperkuatk­an seorang pertahanan import dari Korea Selatan, Park Tae Su yang dikekalkan dari skuad musim lalu.

Nasib empat import baru itu untuk beraksi juga akan bergantung kepada kelulusan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Sabah FC dijadualka­n berangkat esok (Jumaat) untuk dua perlawanan pertama di tempat lawan.

Selepas menentang Melaka United pada Sabtu, Sabah FC kemudian berkunjung ke Kedah menghadapi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman Alor Setar pada Selasa (9 Mac).

Selepas dua perlawanan di tempat lawan itu barulah Sabah FC kembali dan bertarung di gelanggang sendiri di Stadium Likas pada 13 Mac.

Marzuki berkata, tiga perlawanan dalam seminggu agak memenatkan tetapi beliau percaya pasukan sudah bersedia selepas membuat persiapan terbaik yang termampu mereka lakukan.

“Siapapun pemain yang akan diturunkan, saya percaya barisan jurulatih yang diketuai Kurniawan (Dwi Yulianto) ada strategi terbaik untuk pasukan menghadapi setiap perlawanan. Kita akan fikirkan perlawanan itu satu persatu.

“Kita juga telah mengadakan beberapa perlawanan persahabat­an dan ia menampakka­n perkembang­an positif pasukan. Suasana dalam pasukan juga sangat baik dan semuanya bersemanga­t serta teruja untuk memulakan saingan musim ini,” kata Marzuki.

 ??  ?? MARZUKI
MARZUKI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia