Utusan Borneo (Sarawak)

Man United realistik, bertanggun­gjawab berlatih: Solskjaer

-

LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata kelabnya harus memberi fokus kepada perkara lebih realistik dan tanggungja­wab dalam latihan ketika mereka menyasarka­n mahu memperkuat­kan skuad semasa pandemik COVID19.

Isnin depan Old Trafford meraikan tempoh setahun sejak kali terakhir menerima penonton dengan kapasiti penuh ketika menewaskan kelab jiran, Manchester City 2-0.

United belum pernah menewaskan lawan dari ‘enam terbesar’ Liga Perdana sejak itu dan United ketika ini di tangga kedua dengan ketinggala­n 15 mata di belakang City dan berbaki lagi 12 perlawanan musim ini.

Pengurus dari Norway itu tahu masih ada banyak yang perlu dilakukan jika mahu membawa kejayaan kembali ke kelab tetapi COVID-19 telah mengubah landskap.

“Kami harus bersikap realistik, mempunyai tanggungja­wab dengan cara kami melakukan latihan dalam dan luar padang,” kata beliau.

“Ada peningkata­n di pusat latihan, stadium. Kita hanya harus melihat keseluruha­n situasi.

“Di mana kami boleh membelanja­kan wang? Dan berapa banyak wang yang ada? Ia hanya realiti sebenar dunia sekarang, semuanya sudah berubah.”

Solskjaer berkata pemain muda di akademi kelab mungkin diberikan peluang kerana perubahan keadaan.

“Sudah tentu, semua kelab di dunia mengharung­i situasi yang sama, jadi tiada beza untuk kelab lain berbanding kami,” kata beliau.

“Saya fikir akan ada kurang perpindaha­n lumayan dalam dunia bola sepak sehingga semua ini berubah.”

United melakukan urusan perpindaha­n sehingga lewat musim panas lepas, dengan Edinson Cavani tiba pada hari terakhir pasaran perpindaha­n pemain untuk kontrak sehingga akhir musim ini dengan pilihan satu tahun lagi.

Masa depan Cavani, 34, masih menjadi tanda-tanya dan rundingan jangka panjang masih diteruskan dengan pemain bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland kini kerap dikaitkan dengan perpindaha­n ke Old Trafford.— AFP

 ??  ?? SOLSKJAER
SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia