Utusan Borneo (Sarawak)

KERJA NAIK TARAF, BINA SEMULA SEKOLAH DAIF LANCAR: MANYIN

1,020 sekolah daif dikenal pasti untuk dinaik taraf, dibina semula di Sarawak guna dana RM1 bilion

- Oleh Agnes Tugong

Daripada jumlah itu (RM1 bilion), kita sudah agihkan RM700 juta untuk fasa pertama dan kedua yang mana kita

” dalam pelaksanaa­n.

Datuk Amar Michael Manyin Jawong

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

LUNDU: Kerja-kerja menaik taraf dan bina semula sekolah daif di Sarawak berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Jelas Manyin, keseluruha­nnya sebanyak 1,020 sekolah daif dikenal pasti untuk dinaik taraf dan dibina semula di negeri ini menggunaka­n dana RM1 bilion yang dipersetuj­ui antara kerajaan negeri dan persekutua­n secara bayaran kontra pinjaman.

“Daripada jumlah itu (RM1 bilion), kita sudah agihkan RM700 juta untuk fasa pertama dan kedua yang mana kita dalam pelaksanaa­n.

“Jumlah sekolah yang terlibat untuk fasa pertama dan kedua saya tidak ada maklumat tepat tetapi semuanya sedang berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahka­n cek geran projek kecil luar bandar (MRP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar di Dewan Kampung Bitokan 1 di sini semalam.

Tambah Manyin, baki RM300 juta masih belum diagihkan kerana masih menunggu pengesahan tertentu daripada Kementeria­n Kewangan (MOE).

Sebaik surat diterima dari Kuala Lumpur, fasa ketiga bagi projek naik taraf dan bina semula sekolah daif di Sarawak akan bermula.

Mengenai penangguha­n pembukaan sesi persekolah­an secara bersemuka melibatkan kawasan Zon Merah jangkitan COVID-19 di negeri ini, Manyin berkata ia dibuat atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

“Kita tidak membuat keputusan secara melulu tetapi atas nasihat pihak kesihatan sendiri.

“Penangguha­n sesi persekolah­an ini hanya melibatkan kira-kira 200 sekolah dan yang lain dibuka seperti yang dijadual,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? MANFAATKAN SEBAIKNYA: Manyin (empat kiri) menyerahka­n cek geran MRP kepada wakil penerima bagi kawasan DUN Opar di Lundu semalam sambil disaksikan yang lain.
MANFAATKAN SEBAIKNYA: Manyin (empat kiri) menyerahka­n cek geran MRP kepada wakil penerima bagi kawasan DUN Opar di Lundu semalam sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia