Utusan Borneo (Sarawak)

13 maut kenderaan SUV dilanggar trak di California

-

LOS ANGELES: Sekurangku­rangnya 13 orang maut di selatan California kelmarin apabila sebuah kenderaan penuh dengan penumpang berlanggar dengan sebuah trak besar dalam “keadaan huru-hara” berhampira­n sempadan Mexico, menurut pegawai.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis SUV membawa lebih dua dozen orang, termasuk bawah umur, dilanggar sebuah trak penuh dengan batu kelikir berhampira­n El Centro, California, menurut Judy Cruz, seorang pegawai dari Pusat Perubatan Wilayah El Centro.

Kawasan itu adalah jalan masuk utama imigran Mexico dan pekerja ladang yang mahu ke utara untuk pusat pertanian California tetapi pegawai berkata, ia masih tidak diketahui jika penumpang adalah imigran.

“Masih terlalu awal dalam siasatan untuk mengatakan apa yang mereka lakukan dan mereka datang dari arah mana,” kata Omar Watson dari Peronda Lebuh raya California pada taklimat media kelmarin.

Seramai 25 orang termasuk seorang pemandu bergerak dalam kenderaan SUV pada masa kemalangan, kata beliau pada awal hari yang sama.

“Kami mempunyai 12 kematian di tempat kejadian, seorang maut di hospital untuk jumlah keseluruha­n 13 kematian,” kata beliau. Antara yang mati adalah pemandu SUV berusia 22 tahun.

Bagaimanap­un, Pusat Perubatan El Centro melaporkan 15 orang mati dan kenderaan SUV itu telah dipenuhi 28 orang.

Kenderaan SUV itu hanya mempunyai kapasiti sah lapan orang, menurut laman sesawang pembuat kenderaan SUV Ford Expedition itu.

Imej kemalangan menunjukka­n trak merempuh bahagian tepi SUV yang kelihatan mempunyai plat nombor pendaftara­n California.

Menurut Watson, kemalangan berlaku apabila SUV memasuki persimpang­an di hadapan trak, walaupun ia tidak diketahui sama ada kenderaan lebih kecil ada berhenti pada papan isyarat berhenti.

“Ada orang tercampak keluar ke tepi jalan, di atas jalan, yang mati kerana kecederaan seperti itu,” kata Watson. “Yang lain ditemui mati dalam kenderaan.”

Pada sidang media sebelah petang hari yang sama, Watson menggambar­kan kawasan kemalangan sebagai “huru-hara”.

Bahagian hadapan trak kelihatan tidak rosak tetapi SUV, walaupun masih dengan empat tayar, kelihatan rosak teruk.

Watson juga berkata, ada kanak-kanak dalam kenderaan SUV tetapi kami belum mengetahui usia mereka setakat ini,” sebelum beliau menjelaska­n mereka “bukan kanak-kanak muda.”

Mereka yang mati adalah lingkungan usia 20 hingga 55 tahun tetapi sekurangku­rangnya seorang yang cedera berusia 16 tahun.

Yang cedera, termasuk pemandu trak berusia 69 tahun, yang mengalami kecederaan sederhana serius, dikejarkan ke beberapa hospital di mana mereka dirawat untuk kecederaan kecil hingga sangat serius, kata Watson.

Kemalangan berlaku sekitar jam 6 pagi waktu tempatan di laluan State Route 115 berhampira­n bandar Holtville, 10 batu utara Mexico.

Kemalangan juga berlaku bukan kerana dikejar Peronda Lebuh raya, kata Watson sambil menambah, “Kami tidak tahu punca sebenar kemalangan itu tetapi tiada penguatkua­sa undangunda­ng yang terlibat.”

Kemalangan melibatkan angka kematian yang tinggi bukan sesuatu yang luar biasa di sepanjang sempadan California-Mexico ketika dikejar pihak berkuasa sempadan Amerika Syarikat. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? REMUK: Pegawai memeriksa kenderaan SUV yang remuk selepas dilanggar trak berhampira­n sempadan Mexico, di selatan California kelmarin.
— Gambar AFP REMUK: Pegawai memeriksa kenderaan SUV yang remuk selepas dilanggar trak berhampira­n sempadan Mexico, di selatan California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia