Utusan Borneo (Sarawak)

‘DENGAR’ rancangan semi realiti terbaharu TV AlHijrah

-

KEJAYAAN dan kekuatan sesebuah masyarakat di dunia amat bergantung kepada keupayaan mereka mendengar dan melaksanak­an sesuatu pekerjaan dengan sumber yang berwibawa.

Ini kerana, komunikasi tidak hanya tertumpu kepada mulut yang berbicara tetapi juga kepada sepasang telinga yang sentiasa tersedia untuk mendengar dan memahami dengan rasional.

Oleh itu, buat pertama kalinya TV AlHijrah tampil menerbitka­n sebuah rancangan baharu dengan judul ‘DENGAR’ yang lari daripada kebiasaan stesen ini yang cukup terkenal dengan DNA menyampaik­an ilmu yang memerlukan keupayaan berbicara berbanding mendengar.

‘DENGAR’ adalah sebuah program semirealit­i yang mendengar permasalah­an individu-individu yang tular di media sosial lantas memberikan bantuan serta mencari solusi terbaik buat permasalah­an tersebut.

‘DENGAR’ disiarkan secara langsung bermula hari ini (4 Mac), setiap Khamis, 13 episod, jam 9 malam secara langsung.

Dengan tagline ‘Mendengar Masyarakat’, tim penerbitan ‘DENGAR’ akan segera turun padang setiap kali menerima aduan atau kisah kesusahan yang dikongsika­n netizen menerusi emel rasmi program ‘DENGAR’. Tujuan turun padang adalah tidak lain tidak bukan untuk memastikan kesahihan serta menilai ruang penyelesai­an serta saluran terbaik untuk memberikan bantuan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris, “Masyarakat pada hari ini menjadi sangat selektif dalam meminjamka­n pendengara­n. Kemahiran mendengar selalu diabaikan di dalam komunikasi yang berkesan. Obsesi kita terhadap isu-isu yang kita pilih untuk lihat, beri perhatian dan solusi menyebabka­n gambaran permasalah­an secara besar tersasar malah gagal difahami secara menyeluruh.

“Allah menciptaka­n manusia sempurna dengan dua pasang kaki, tangan, mata dan telinga. Namun Allah ciptakan kita semua dengan satu mulut sahaja. Maka kurangkan bercakap namun lebihkan mendengar dan mengambil tindakan.

“Ini yang kita cuba terapkan di dalam rancangan DENGAR. Kita percaya bahawa mendengar itu sendiri adalah syifa’, penyembuh dan rawatan buat yang memerlukan. Apatah lagi selepas itu kita susulkan pula dengan tindakan lanjutan yang membawa kepada penyelesai­an permasalah­an tersebut,” jelas Namanzee.

“Program ‘DENGAR’ ini adalah hasil cetusan idea dan inspirasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menuntut penglibata­n dan kerjasama semua pihak seperti agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan syarikat korporat. Ini adalah gerak kerja bersifat 360 darjah.

“Bermula dengan aduan yang kami terima daripada netizen, krew ‘DENGAR’ akan turun padang meninjau dan menjalin hubungan awal dengan responden yang sedang berada dalam musibah.

“Kerja tim penerbitan tidak habis di situ. Mereka kemudianny­a perlu membuat kajian lanjut serta berhubung dengan agensi-agensi dan pihakpihak yang terlibat dalam mencari solusi terbaik.

Kemudianny­a, kita akan jemput responden ke studio digital TV AlHijrah untuk sesi perkongsia­n.

“Kita selit pula elemen kejutan buat responden. Di studio, responden akan menerima bantuan yang diperlukan sama ada dari pihak penaja atau agensi-agensi yang berkenaan. Bantuan pula tidak tertumpu kepada material semata, ia termasuk sokongan emosi dan psikologi,” jelas Namanzee lanjut.

‘DENGAR’ mempertaru­hkan dua nama besar negara dalam bidang pengacaraa­n iaitu Wan Kamarudin Wan Ibrahim selaku hos di studio dan Hazeman Huzir sebagai wartawan lokasi.

Jadi jangan lupa untuk sama-sama menyaksika­n rancangan ‘DENGAR’ pada setiap hari Khamis di TV AlHijrah.

 ??  ??
 ??  ?? HAZEMAN HUZIR
HAZEMAN HUZIR
 ??  ?? WAN KAMARUDIN WAN IBRAHIM
WAN KAMARUDIN WAN IBRAHIM
 ??  ?? MALAM INI: Poster ‘DENGAR’ terbaharu di TV AlHijrah.
MALAM INI: Poster ‘DENGAR’ terbaharu di TV AlHijrah.
 ?? — Gambar TV AlHijrah ?? BAHARU DI TV ALHIJRAH: Haze dan Wan Kamarudin turun padang dalam rancangan ‘DENGAR’.
— Gambar TV AlHijrah BAHARU DI TV ALHIJRAH: Haze dan Wan Kamarudin turun padang dalam rancangan ‘DENGAR’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia