Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak perlu CCRC untuk pesalah wanita

Sehingga kini pesalah wanita terlibat penyalahgu­naan dadah perlu dihantar ke pusat pemulihan di Bachok, Kelantan Bukan itu sahaja bagi CCRC iaitu pusat kepada (pesalah) yang dihantar sukarela di Batu 6 di sini, wanita terpaksa ditempatka­n di premis yang

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak memerlukan satu pusat pemulihan atau Pusat Pemulihan dan Rawatan (CCRC) untuk pesalah wanita yang terlibat dengan penyalahgu­naan dadah di negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia kerana sehingga kini pesalah wanita terlibat penyalahgu­naan dadah yang diperintah­kan mahkamah perlu dihantar ke pusat pemulihan di Bachok, Kelantan.

“Bukan itu sahaja bagi CCRC iaitu pusat kepada (pesalah) yang dihantar sukarela di Batu 6 di sini, wanita terpaksa ditempatka­n di premis yang sama dengan lelaki (berlainan blok).

“Pada saya ia tidak sepatutnya berlaku dan begitu juga pusat pemulihan yang jauh, kerana kita tahu kumpulan ini perlu mendapat sokongan ahli keluarga.

“Maka itu kita berharap kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat meneliti perkara ini dengan menubuhkan satu pusat atau CCRC untuk wanita (pesalah penyalahgu­naan dadah),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau yang juga pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak terdahulu mempengeru­sikan Mesyuarat Pengerusi Biro-Biro PEMADAM Sarawak yang dihadiri Pengerusi Biro Wanita PEMADAM Sarawak Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Abdul Karim selain itu turut menggesa kepada kerajaan persekutua­n agar terus memperting­katkan kawalan penguatkua­saan oleh agensi di sempadan dan pintupintu masuk ke negeri ini bagi mengekang pengedaran masuk dadah ke Sarawak.

Beliau berkata banyak kes atau laporan sebelum ini menyatakan bahawa dadah telah dibawa masuk ke negeri ini menggunaka­n kurier dan ia bukan perkara mudah untuk membuat pemeriksaa­n memandangk­an bungkusan yang tiba tidak dapat dibuka sembaranga­n.

“Maka itu saya selalu mencadangk­an agar ditambahka­n lagi unit K9, iaitu anjing pengesan di pintu-pintu masuk ke Sarawak kerana saya dimaklumka­n kita hanya mempunyai kurang daripada 10 K9.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

“Sedangkan kita mempunyai banyak pintu masuk yang perlu dikawal untuk mengekang pengedaran dadah yang dibawa masuk.

“Daripada aspek kita (kerajaan negeri), kita bersedia menyediaka­n anjing ini tetapi daripada aspek persekutua­n kita perlu ada agensi yang

Menteri Belia dan Sukan Sarawak

mengendali­kan, menjaga atau melatih anjing-anjing pengesan ini,” katanya.

Menurut Abdul Karim untuk melatih anjing pengesan, ia juga memakan kos yang tinggi dengan sekurangku­rangnya RM70,000.

Bagaimanap­un kata Abdul Karim, bagi mengekang peningkata­n penyalahgu­naan dadah dan pengedaran dadah ke Sarawak, kerajaan perlu mempertimb­angkan ia seperti menambah peruntukan untuk penubuhan unit K9.

 ??  ??
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? SIDANG MEDIA: Abdul Karim pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pengerusi Biro-Biro PEMADAM Sarawak semalam.
— Gambar Roystein Emmor SIDANG MEDIA: Abdul Karim pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pengerusi Biro-Biro PEMADAM Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia