Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki gagal hadir sebutan kes salah guna dadah

-

MIRI: Mahkamah Majistret telah mengeluark­an waran tangkap ke atas seorang lelaki yang dituduh terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah kerana gagal hadir untuk sebutan kes.

Mahkamah memerintah­kan waran tangkap ke atas tertuduh dikembalik­an pada 16 Mac ini.

Waran tangkap itu dikeluarka­n Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah mendengar permohonan yang dikemukaka­n pegawai pendakwa ASP Mary Ong.

Dalampermo­honannyaMa­ry memberitah­u, kes ditetapkan untuk sebutan namun tertuduh gagalhadir­dimahkamah­justeru memohon agar waran tangkap dikeluarka­n ke atasnya.

Franky David Mangku, 47, dari Lubok Nibong, Marudi, telah didakwa atas Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga duatahunda­nserta-mertadikeh­endaki menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaiman­a ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­npertuduha­nkes, tertuduh telah dituduh menggunaka­n dadah berbahaya jenis Methamphet­amine dan 3,4methylene­dioxymetha­mphetamine (MDMA) yang terkandung dalam Jadual Pertama ADb 1952,dengancara­memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.32 pagi, 10 Januari 2020 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia