Utusan Borneo (Sarawak)

Gabenor Texas tarik balik perintah wajibkan pemakaian pelitup muka

-

WASHINGTON: Gabenor Texas Greg Abbott kelmarin menarik balik perintah mewajibkan pemakaian pelitup muka dan berkata, beliau membenarka­n perniagaan yang dihadkan kerana pandemik COVID-19 untuk dibuka sepenuhnya.

“Selama hampir setengah tahun, kebanyakan perniagaan dibuka sama ada pada tahap 75 peratus atau 50 peratus dan sepanjang waktu itu, terlalu ramai penduduk Texas yang kehilangan pekerjaan,” kata Abbott.

“Terlalu banyak pemilik perniagaan kecil bergelut membayar bil mereka,” kata gabenor Republikan itu dalam satu ucapan di Dewan Perniagaan Lubbock.

“Semua ini harus ditamatkan. Ia adalah masa untuk membuka sepenuhnya Texas,” kata beliau yang disambut sorakan dan tepukan dari mereka yang hadir.

“Semua perniagaan yang mahu dibuka harus dibuka.”

Abbott berkata, beliau menarik balik sekatan kerana kehadiran vaksin COVID-19 dan ujian serta rawatan yang lebih baik.

“Texas sekarang mempunyai peralatan untuk melindungi warganya dari virus,” kata beliau.

Abbott menguatkua­sa perintah pemakaian pelitup muka di negeri dengan populasi kedua terbanyak di Amerika Syarikat itu lapan bulan yang lalu.

Beliau berkata, satu arahan eksekutif membatalka­n arahan COVID-19 sebelum ini akan berkuatkua­sa semalam.

Penarikan balik larangan oleh Abbott itu hadir walaupun amaran pada Isnin lepas oleh Rochelle Walensky, pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC).

“Saya bimbang tentang laporan bahawa lebih banyak negeri mengurangk­an langkah kesihatan awam yang kami saran untuk melindungi orang ramai dari COVID19,” kata Walensky.

“Saya tetap bimbang tentang satu kemungkina­n perubahan kepada unjuran pandemik,” katanya.

“Sekarang bukan masa untuk mengurangk­an kawalan penting yang kita tahu boleh mencegah penularan COVID-19,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia