Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabelan kandungan natrium pada produk diwajibkan mulai Julai 2022

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mewajibkan pelabelan kandungan natrium pada pembungkus makanan berkuat kuasa Julai 2022, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Katanya, undang-undang itu yang telah diwartakan Julai lepas adalah strategi Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menggalakk­an orang awam mengurangk­an pengambila­n garam atau natrium dalam kehidupan seharian.

“Buat masa ini, kita memberi tempoh masa kepada pengusaha industri makanan untuk mengubah label produk masing-masing sebelum berkuat kuasa sepenuhnya,” katanya selepas sesi interaksi

Kementeria­n Kesihatan dan pengamal media sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia, di sini semalam.

Label nutrien pada sesuatu produk yang diwajibkan pada masa ini ialah tenaga, karbohidra­t, jumlah gula, protein, dan lemak.

Dr Noor Azmi berkata, rakyat boleh bertindak membuat sedikit perubahan bagi mengurangk­an pengambila­n garam seterusnya mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit (NCD).

“Penggunaan garam beriodin juga diberi penekanan bagi mencegah masalah gangguan kekurangan iodin (IDD) namun ia juga perlu patuhi saranan (pengambila­n garam) kurang daripada lima gram sehari.

“Sentiasa baca label dan bandingkan maklumat kandungan natrium (sodium) sebelum membeli makanan, utamakan masakan yang dimasak di rumah, dan hadkan pengambila­n garam,” katanya.

Menurutnya, KKM juga melaksanak­an Program Pengiodina­n Garam Secara Universal yang berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Penggunaan garam beriodin merupakan salah satu intervensi kesihatan awam dalam kalangan masyarakat bagi mencegah dan mengawal masalah kesihatan akibat IDD seperti gangguan pertumbuha­n kognitif dan fizikal bayi serta kanak-kanak, goiter, dan gangguan kesuburan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia