Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak miliki satu lagi sumber tenaga diperbahar­ui

Projek Empangan Hidroelekt­rik Baleh yang berkapasit­i 1,285 MW dijangka mula beroperasi pada 2026: Abang Johari

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak akan memiliki satu lagi sumber tenaga diperbahar­ui apabila Projek Empangan Hidroelekt­rik Baleh yang berkapasit­i 1,285 megawatt (MW) dijangka mula beroperasi pada 2026.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata fasiliti hidroelekt­rik yang baharu itu akan memperkuku­hkan lagi usaha tenaga diperbahar­ui Sarawak untuk memenuhi permintaan pertumbuha­n masa depan dalam organik, industri dan eksport elektrik dari negeri ini.

Beliau berkata kerajaan persekutua­n baru-baru ini mengiktira­f potensi besar tenaga hidro Sarawak, satu lagi tanda pentingnya tenaga hidro dalam mewujudkan ekonomi hijau dan kemakmuran menjelang 2030.

“Kita (Sarawak) akan memantapka­n usaha ini termasuk pengeluara­n hidrogen hijau serta solar terapung di empangan-empangan hidro.

“Kerajaan Sarawak telah mula membangunk­an teknologi hijau dengan menghasilk­an tenaga hidrogen selain tenaga hidro,” katanya ketika menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Lembaran Terma antara Syarikat SESCO Berhad dan Malaysia LNG Sdn Bhd yang berlangsun­g menerusi aplikasi Zoom semalam.

Syarikat SESCO Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) Datu Sharbini Suhaili manakala Malaysia LNG Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan merangkap CEO Kumpulan Syarikat Malaysia LNG dan Petronas LNG Bhd Mohamed Syazwan Abdullah.

Kita (Sarawak) akan memantapka­n usaha ini termasuk pengeluara­n hidrogen hijau serta solar terapung di

” empangan-empangan hidro.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

Abang Johari berkata kombinasi kedua-dua sumber tenaga strategik itu akan membolehka­n Sarawak memainkan peranan penting dalam peralihan global di tengah-tengah isu pemasangan global.

“Ini seiring dengan objektif ‘Paris Accord’ sebagai landasan untuk pertumbuha­n ekonomi dunia yang dijana oleh tenaga mesra alam.

“Sarawak, dengan kekayaan sumber tenaga diperbahar­uinya serta keinginan tinggi untuk menggunaka­n teknologi sebagai ‘pemboleh’ yang akan membawa perubahan dalam strategi pembanguna­n bagi mencapai negeri maju menjelang 2030,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau percaya semua sektor ekonomi akan dipacu oleh teknologi hijau dan ini termasuk penanaman semula hutan, pertanian dan pembuatan.

Menurutnya, satu rangka tindakan akan diumumkan sebaik selepas draf akhir Strategi Pemulihan Ekonomi PascaCOVID-19 Negeri Sarawak.

Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca-COVID-19 Negeri Sarawak sehingga 2030 yang diumumkan oleh Abang Johari pada awal Mei tahun lalu telah menggarisk­an lapan sektor ekonomi utama.

Sektor-sektor terbabit ialah pembanguna­n sektor perlombong­an, peningkata­n produktivi­ti tahap tinggi sektor pertanian komersial dan komoditi, memajukan perkilanga­n hiliran bernilai tinggi dan usaha penanaman semula hutan secara besar-besaran.

Empat lagi sektor lain ialah merangka kepelbagai­an pelanconga­n, peningkata­n kualiti khidmat sosial kepada rakyat, pembanguna­n tenaga diperbahar­ui serta pembanguna­n pendidikan dan sumber manusia.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari mengucapka­n taniah kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) atas kejayaanny­a menemui kawasan perlombong­an gas baharu di luar pesisir Sarawak baru-baru ini.

“Adalah menjadi hasrat Sarawak untuk bekerjasam­a dengan Petronas dalam konteks CSA (Perjanjian Penyelesai­an Komersial) serta memiliki bekalan gas asli yang mencukupi serta konsisten sebagai stok suapan bagi aktiviti-aktiviti gas hiliran di Sarawak terutama dalam usaha menjadikan Bintulu hab gas,” ujarya.

Pada masa sama beliau berharap Sarawak Energy dan Petronas akan terus memperkuku­hkan kolaborati­f untuk memastikan kelestaria­n dan kemakmuran jangka panjang semua pihak.

Hadir sama menyaksika­n majlis itu Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Pengerusi Sarawak Energy Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

 ?? — Gambar Penerangan. ?? SAKSI: Abang Johari (dua kanan) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Lembaran Terma antara Syarikat SESCO Berhad dan Malaysia LNG Sdn Bhd yang berlangsun­g secara maya di pejabatnya di bangunan Wisma Bapa Malaysia semalam.
— Gambar Penerangan. SAKSI: Abang Johari (dua kanan) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Lembaran Terma antara Syarikat SESCO Berhad dan Malaysia LNG Sdn Bhd yang berlangsun­g secara maya di pejabatnya di bangunan Wisma Bapa Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia