Utusan Borneo (Sarawak)

Daerah Kanowit bertukar kepada status Jingga daripada Merah

-

KUCHING: Daerah Kanowit telah bertukar kepada status Jingga daripada Merah, semalam selepas merekodkan 26 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata selain itu, dua lagi daerah iaitu Serian dan Sarikei pula telah bertukar kepada status Jingga daripada Kuning setelah masing-masing merekodkan 21 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Sementara daerah Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,616 kes jangkitan tempatan dilaporkan di 10 daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas.

“Daerah Julau, Subis, Bau, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruha­n 163 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas,” katanya yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada sidang media harian COVID19 di sini, semalam.

Uggah berkata manakala daerah Marudi, Mukah, Pusa, Song, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruha­n 61 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Beliau berkata sementara 14 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Mengenai kluster masih aktif di Sarawak, semalam sebanyak 25 kluster kekal aktif dan tiada kluster baharu dilaporkan.

“Daripada jumlah itu enam kluster yang mempunyai pertambaha­n kes manakala 19 kluster tiada pertambaha­n,” katanya.

Enam kluster berkenaan iaitu Kluster Buloh, Selangau terdapat penambahan empat kes semalam, Kluster Jalan Muhibbah, Betong (penambahan 66 kes), Kluster Emperoh Jambu, Kuching (penambahan 16 kes), Kluster Sungai Bakong, Meradong (penambahan dua kes), Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching (penambahan enam kes) dan Kluster Gelong, Kapit (penambahan tiga kes).

Kluster Jalan Green, Kuching; Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan; Kluster Kejatau, Sri Aman; Kluster Jan Yong, Kapit; Kluster Geronggang, Sibu; Kluster Mas Merah; Kluster Univista; Samarahan; Kluster Kidurong Dua, Bintulu; Kluster Nanga Lijan, Julau; Kluster Seruas, Beluru; Kluster Sebangkoi, Sri Aman; Kluster Jun Heng, Bintulu; Kluster Bintang Daily, Meradong; Kluster Jalan Pengiran, Matu; Kluster Tabong, Bau; Kluster Indah Riang, Kuching; Kluster Rakut, Miri; Kluster Jelita, Miri; Kluster Pasai, Sibu dan Sub-Kluster Tangap (Subis) semuanya tiada penambahan kes.

Mengulas lanjut Uggah berkata, sehingga 3 Mac 2021, seramai 486 petugas barisan hadapan telah diberikan suntikan vaksin COVID-19 menjadikan jumlah yang diberikan suntikan vaksin adalah sebanyak 11,287 sejak program imunisasi bermula 26 Februari 2021.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,523 adalah petugas kesihatan dan 764 adalah daripada jabatan atau agensi lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia