Utusan Borneo (Sarawak)

785 pegawai, anggota bomba Pulau Pinang terima suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama

-

GEORGE TOWN: Sebanyak 785 petugas barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota bomba Pulau Pinang telah didaftarka­n untuk menerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata, kesemua mereka mula mendapatka­n suntikan semalam manakala baki 162 lagi akan disuntik mengikut fasa berikutnya.

“Terdapat 947 pegawai serta anggota bomba di Pulau Pinang. Pemberian vaksin itu diharap dapat menyekat penularan COVID-19 dan melindungi petugas barisan hadapan termasuk pihak bomba ketika menjalanka­n tugas terutama dalam operasi penyelamat­an kerana kami tidak tahu sama ada mangsa dijangkiti (COVID19) atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan di Klinik Kesihatan Jalan Perak di sini semalam.

Beliau berkata, untuk program semalam, sebanyak 41 pegawai dan anggota bomba termasuk beliau menerima suntikan vaksin COVID-19 di dua klinik kesihatan.

“Secara keseluruha­nnya, sejak pandemik sehingga hari ini (semalam) tiada lagi pegawai atau anggota bomba di negeri ini yang dijangkiti COVID-19 dan saya harap dengan menerima suntikan vaksin mereka lebih semangat serta yakin untuk bekerja terutama dalam operasi penyelamat­an,” katanya.

Selain bomba, turut menerima suntikan vaksin COVID-19 Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Aziz Abdul Majid serta pegawai dan anggota polis Pulau Pinang dan Jabatan Penjara Pulau Pinang.

Sementara itu, seorang warden Penjara Reman Pulau Pinang Farid Zainatulas­raf Zainal Abidin, 23, berkata dia bersyukur menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama kerana setiap hari berdepan dengan banduan terutama yang baru masuk ke penjara tersebut.

“Memang dalam penjara, kami memakai peralatan perlindung­an diri (PPE) serta mengambil langkah berjagajag­a, namun dengan suntikan vaksin ini, saya lebih berasa selamat terutama untuk pulang ke rumah bersama keluarga selepas waktu kerja,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA SUNTIKAN: Saadon (kanan) menunjukka­n kad vaksinasi COVID-19 selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Klinik Kesihatan Jalan Perak, George Town semalam.
— Gambar Bernama TERIMA SUNTIKAN: Saadon (kanan) menunjukka­n kad vaksinasi COVID-19 selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Klinik Kesihatan Jalan Perak, George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia