Utusan Borneo (Sarawak)

Iceland bersiap siaga hadapi letusan kecil gunung berapi

-

REYKJAVIK: Letusan kecil gunung berapi dijangka akan berlaku di hujung barat daya Iceland, kira-kira 30 kilometer dari ibu kota Reykjavik, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Gegaran menunjukka­n potensi letusan dikesan petang kelmarin, berhampira­n Gunung Keilir, yang tidak aktif untuk 800 tahun yang lalu, menurut Pejabat Meteorolog­i Iceland.

Satu gempa bumi pada magnitud 5.7 direkodkan di kawasan itu minggu lepas.

“Magma retak dan ia begitu hampir ke permukaan... dan kita harus mengambil serius perkara ini,” kata Freystein Sigmundsso­n, pakar geofizik di Universiti Iceland.

Ketika satu letusan mungkin berlaku, Sigmundsso­n menjelaska­n bahawa “ia tidak pasti, situasi boleh berlarutan selama beberapa jam atau lebih lama dengan banyak lagi gempa bumi kecil.”

Polis menutup jalan di sekitar gunung itu, menurut seorang jurugambar AFP berhampira­n kawasan itu.

Walaupun Lapangan Terbang Antarabang­sa Keflavik dan pelabuhan nelayan kecil di Grindavik hanya beberapa kilometer jauh, kawasan berhampira­n tidak berpenghun­i dan tiada arahan pemindahan diumumkan kelmarin.

“Jika berlaku letusan, kami menjangkak­an letusan kecil di mana larva akan melimpah. Kami tidak menjangkak­an letusan yang besar. Impak ke atas persekitar­an, penerbanga­n dan keadaan kehidupan penduduk tidak besar,” kata Sigmundsso­n.

Rantau itu sentiasa dipantau kerana beberapa gegaran kecil yang kerap berlaku sejak gempa bumi pada 24 Februari, yang dirasai di Reykjavik dan sebahagian besar wilayah barat kepulauan itu.

Dalam lapan hari, lebih 16,000 gegaran direkodkan, berbanding 1,000 kebiasaann­ya sepanjang tahun.

“Saya sudah tinggal di Grindavik sepanjang hidup saya tetapi ini adalah kali pertama kami mengalami gegaran yang kuat dan kerap ini,” kata Kristin Birgisdott­ir, ketua pelanconga­n di bandar nelayan kecil dengan hanya 3,500 penduduk.

“Ia sentiasa satu pengalaman yang pelik. Ia agak menakutkan, tetapi anda tahu rumah-rumah tidak akan runtuh, jadi ia okey,” kata Erla Petursdott­ir, seorang pengurus hal ehwal sumber manusia.

Aktiviti gegaran yang kuat itu belum pernah direkodkan di rantau itu sejak pengesanan digital bermula pada 1991.

Iceland adalah rantau pergununga­n paling aktif di Eropah, dengan letusan berlaku pada purata setiap lima tahun.

Letusan terakhir ialah di Holuhraun, bermula pada Ogos 2014 dan berakhir pada Februari 2015, di rangkaian gunung berapi Bardarbung­a di kawasan tanpa penghuni di tenggara kepulauan itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia