Utusan Borneo (Sarawak)

Medvedev tersingkir ATP, Rublev ditewaskan Murray

-

ROTTERDAM: Daniil Medvedev disingkirk­an dari kejohanan Rotterdam ATP dalam pusingan pertama pada Rabu, apabila tewas kepada Dusan Lajovic sekali gus menamatkan peluangnya untuk merebut gelaran Rafael Nadal sebagai nombor dua dunia, manakala Andy Murray ditumpaska­n Andrey Rublev dalam 16 pemain terakhir.

Nombor tiga dunia Medvedev ialah pilihan pertama untuk perlawanan minggu ini ekoran penyingkir­annya di final Terbuka Australia 7-6 (7/4), 6-4 dalam masa 90 minit oleh pemain Serbia, Lajovic, pemain di ranking ke-27.

Pemain Rusia Medvedev mencampakk­an raketnya dengan kekecewaan apabila ia rosak ketika pusingan ke sembilan dalam set kedua, bertekak dengan pengadil dan membuka perlawanan dengan mata penalti ekoran itu.

Kemarahann­ya menyebabka­n perlawanan yang tegang berakhir dengan pemain 25 tahun itu mencatat lapan kali kesalahan servis berganda.

Lajovic dengan tenangnya menyudahka­n 10 permainan untuk bertemu Borna Coric buat kali keduanya.

Kekalahan itu amat perit bagi Medvedev kerana beliau sepatutnya menggantik­an tempat Nadal di ranking kedua dunia jika mara ke pusingan akhir.

Nadal mengundurk­an diri dari Rotterdam akibat kecederaan belakang.

“Saya amat fokus sepanjang perlawanan dan tidak terpengaru­h dengan servis dan hantaran baiknya,” kata Lajovic.

“Jika saya tahu saya akan kekal dalam perlawanan, pasti saya sudah mengambil peluang dan menukar gerak saya.”

Dalam perlawanan lain, juara tiga kali Grand Slam Murray, kecewa dengan kekalahann­ya 5-7, 2-6 pada pilihan keempat Rusia, Rublev.

Bekas nombor satu dunia itu kini berada di ranking ke-123 ekoran kecederaan pinggul, namun bermain elok dalam set pembuka.

Rublev mendahului perlawanan sengit itu dengan 6-5 sebelum menyelamat­kan dua pukulan pantulan dan memberi servis dalam perlawanan seterusnya.

Set kedua kelihatan sengit namun Rublev melangkah selesa dengan lima kemenangan berturut-turut, nombor lapan dunia itu akan bertarung dengan David Goffin atau pemain Perancis Jeremy Chardy di suku akhir.

Medvedev dan Murray menyertai nombor tujuh dunia Alexander Zverev dan juara tiga kali Grand Slam, Stan Wawrinka tersingkir awal dari permainan.

Zverev, 23, dikalahkan oleh pemain Kazakhstan Alexander Bublik pada Rabu dalam dua set 5-7, 3-6.

Zverev dari Jerman ialah pilihan ketiga dalam kejohanan itu namun dikejutkan oleh ranking ke-43 Bublik sejam 19 minit dalam permainan.

Bublik yang mara dalam pusingan akhir kejohanan di Singapura minggu lalu akan bertemu dengan Tommy Paul di pusingan kedua setelah beliau ditewaskan Lorenzo Sonego 4-6, 6-7(7/9)

“Menewaskan Sascha ialah hebat,” Bublik, telah memenangi tiga perlawanan lepas mementang pesaing 10 teratas, memberitah­u atptour.com.

“Persaingan itu sengit bagi kedua-dua kami, namun saya sedikit bertuah dan mungkin lebih konsisten. Saya hanya berseronok dalam perlawanan sekarang.”

Sementara itu, Wawrinka tewas 4-6, 5-7 kepada Karen Khachanov.

Tampil ke perlawanan suku akhir, bekas nombor empat dunia Kei Nishikori kini berada di ranking ke-45, menang ke atas pilihan ketujuh Felix Auger-Aliassime dengan 6-3, 2-6, 7-5 yang mara setelah mengalahka­n Alex de Minaur

Pilihan keenam Goffin, yang menjuarai Montpellie­r pada hujung minggu, menewaskan Jan-Lennard Struff 6-4, 6-0 dalam perlawanan pertama.

Roberto Bautista Agut, pilihan kelima Sepanyol yang berada di tempat kedua Montpellie­r disingkirk­an oleh teman senegara Alejandro Davidovich Fokina, 2-6, 6-7(3/7). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia