Utusan Borneo (Sarawak)

Barcelona tewaskan Sevilla dengan agregat 3-2, perlu masa tambahan untuk ke final Copa del Rey

-

MADRID: Barcelona memerlukan masa tambahan untuk melangkah ke final Copa del Rey pada Rabu apabila menewaskan Sevilla dengan agregat 3-2, dua hari selepas polis menyerbu kelab dan menahan bekas presidenny­a.

Selepas tewas 0-2 pada perlawanan pertama, Martin Braithwait­e menjaringk­an gol kemenangan penting pada minit kelima masa tambahan dengan satu tandukan terbang dari umpanan Jordi Alba.

Gerard Pique mengikat kedudukan 2-2 secara agregat empat minit dalam minit kecederaan untuk menyelamat­kan Barca.

Pique menanduk umpanan cantik Antoine Griezmann, merupakan pergerakan terakhir permainan.

Semuanya bermula selepas Ousmane Dembele, yang menjaringk­an gol ketika kemenangan 2-0 ke atas Sevilla dalam aksi La Liga Sepanyol

pada hujung minggu lepas, membuka jaringan buat Barca pada minit ke-12 perlawanan separuh akhir kedua itu.

Bagaimanap­un, Sevilla boleh menamatkan saingan pada minit ke-73 apabila diberikan tendangan penalti selepas Lucas Ocampos mengasari Oscar Mingueza.

Namun Ocampos melihat tendangann­ya diselamatk­an penjaga gol Barca, MarcAndre ter Stegen.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Sevilla apabila kehilangan seorang pemain pada minit kecederaan selepas Fernando dilayangka­n kad merah kerana kekasaran ke atas Francisco Trincao.

Ia adalah kemenangan yang amat diperlukan oleh Barca selepas bekas presiden, Josep Maria Bartomeu, ketua eksekutif semasa, Oscar Grau dan ketua perkhidmat­an undang-undang kelab, Roma

Gomez Ponti serta penasihat Bartomeu, Jaume Masferrer, ditahan polis Catalan, yang turut mengeledah pejabat kelab pada pagi Isnin.

Mereka disoal siasat berkaitan dengan skandal “Barcagate” tahun lepas.

Kelab akan mengadakan pilihan raya presiden mereka lewat minggu ini.

Pencarian stadium Barcelona adalah sebahagian dari siasatan ke dalam dakwaan kelab melakukan kempen memburukka­n pemain semasa dan bekas pemain yang mengkritik Bartomeu.

Di final, Barca akan bertemu sama ada Athletic Bilbao atau Levante, yang seri 1-1 pada perlawanan pertama, di final pada 17 April yang akan berlangsun­g di Seville.

Sebelum final itu, Barca akan cuba bangkit sekali lagi pada perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas tewas 1-4 pada perlawanan pertama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia