Utusan Borneo (Sarawak)

DUA KAWASAN DI BINTULU DIKENAKAN PKPD DARI 5-18 MAC

-

Kawasan Rumah Sewa Anong di Batu 5 dan Rumah Sewa Beverly Hills di Taman Beverly Hills, Bintulu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media semalam berkata, arahan PKPD ini berkuat kuasa selama 14 hari mulai 5 hingga 18 Mac ini.

“Setelah membuat penilaian risiko kes positif COVID-19 melibatkan kawasan Rumah Sewa Anong di Batu 5 dan Rumah Sewa Beverly Hills, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan PKPD bagi dua kawasan ini.

“Arahan PKPD ini berkuat kuasa mulai jam 12.01 pagi, 5 Mac hingga 11.59 malam, 18 Mac,” katanya yang juga Pengerusi JPBNS.

Terdahulu, Uggah pada sidang media tersebut memaklumka­n 71 kes positif baharu COVID-19 dikesan di Daerah Bintulu semalam dengan 56 kes adalah dari kawasan PKPD dengan pergerakan yang terhad.

Selain itu katanya, terdapat sembilan kes yang sedang menjalani kuarantin di pusat kuarantin disebabkan mereka telah dikesan awal sebagai kontak rapat kes positif.

Ini katanya menunjukka­n sebahagian besar kes positif yang dikesan di Bintulu semalam sedang dikuaranti­n dan berisiko rendah untuk menyebarka­n jangkitan kepada orang lain.

Mengenai situasi kes penularan COVID-19 melibatkan rumah panjang, Uggah berkata setakat 4 Mac, sebanyak 265 rumah panjang terdedah kepada virus ini dan dikenakan sekatan pergerakan.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 208 rumah panjang telah dibebaskan daripada sekatan pergerakan dengan 57 rumah panjang lagi masih di bawah sekatan pergerakan.

Sebanyak 29,572 sampel telah diambil dengan jumlah kes positif melibatkan rumah panjang 2,056, jumlah sampel negatif (25,540) dan belum ada keputusan (1,727).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia