Utusan Borneo (Sarawak)

SABAH FC MEMPUNYAI PELAN B

Menghadapi Melaka United FC pada aksi sulung kempen Liga Super 2021 di gelanggang lawan malam ini

- Oleh Vitalis G Bingkasan

“Kami terpaksa ubah perancanga­n dengan Pelan B (bermain tanpa empat import baru) yang memang sudah kami persiapkan sejak seminggu lalu dan berharap ia dapat berjalan dengan baik. ”

Kurniawan Dwi Yulianto

Ketua jurulatih Sabah FC

KOTA KINABALU: Sabah FC sudah bersedia dengan berkemungk­inan tanpa kelibat empat import baharunya dalam aksi sulung kempen Liga Super 2021 menentang Melaka United FC di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.

Ketua jurulatihn­ya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata mereka ada Pelan B yang sudah dipraktikk­an sejak seminggu lalu untuk kemungkina­n itu.

Pengurus pasukan, Ahmad Marzuki Nasir malam semalam membayangk­an kemungkina­n Sabah FC memulakan aksi dua perlawanan pertama musim ini tanpa empat import baharunya iaitu pemain sayap kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani; pemain tengah kebangsaan Gabon, Levy Madinda; pemain tengah dari Macedonia, Ristro Mitrevski dan penyerang dari Liberia, Sam Garyahzon Johnson.

Tiga daripada pemain itu dikatakan sudah berada di negara ini tetapi sedang menjalani kuarantin wajib manakala seorang lagi sedang dalam proses memasuki negara ini. Untuk beraksi, mereka juga perlu kelulusan dari Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM)

Empat import itu dikatakan sudah mengikat kontrak dengan Sabah FC awal bulan lalu tetapi tidak dapat datang lebih awal ekoran urusan dokumentas­i dan prosedur ketat keluar negara mereka dan memasuki negara ini dalam tempoh krisis COVID-19 sekarang.

Dengan kekuatan satu import iaitu pertahanan dari Korea Selatan, Park Tae Su yang dikekalkan dari skuad musim lalu tugas berat menanti Sabah FC berhadapan dengan Melaka United FC yang diperkuatk­an maksimum lima pemain import.

Kurniawan berkata, ia perkara biasa bagi manamana pasukan di seluruh dunia bergelut dalam perlawanan pertama saingan sebenar tetapi buat Sabah FC cabaran malam ini lebih besar luar biasanya jika tanpa tenaga empat import.

“Kami terpaksa ubah perancanga­n dengan Pelan B (bermain tanpa empat import baru) yang memang sudah kami persiapkan sejak seminggu lalu dan berharap ia dapat berjalan dengan baik,” katanya sebelum bersama pasukan berangkat ke Melaka pagi semalam.

Menurutnya, bukan hanya penyokong tetapi semua dalam pasukan juga mengharapk­an kehadiran empat import baharu itu tetapi ia mungkin perkara yang tidak perlu difikirkan buat masa sekarang dan tidak harus menjadi tekanan buat mereka.

Mengakui tugas berat, Kurniawan bagaimanap­un tidak mahu menyerah begitu sahaja sebaliknya mahu semua anggota pasukan percaya bahawa mereka juga boleh melakukan sesuatu yang terbaik malam ini.

Katanya, kekurangan import dalam pasukan juga mampu dijadikan motivasi kepada pemain-pemain sedia ada terutamany­a pemain-pemain tempatan.

“Kita akan beraksi dengan majoriti pemain tempatan Sabah justeru ini peluang untuk pemain-pemain tempatan buktikan bahawa mereka juga mampu.

“Memang yang membezakan mungkin cara bermain kita... kerana kita juga harus ambil kira (kekuatan) pasukan lawan. Kita juga tahu kekuatan kita ...semua ini perlu diambil kira kerana ini bukan lagi perlawanan persahabat­an, ini ‘perang’ yang sesungguhn­ya. Justeru, kita harus betul-betul realistik dan cermat dalam membuat perhitunga­n,” kata Kurniawan.

Jurulatih dari Indonesia itu sudah musim kedua bersama Sabah tahun ini berkata, seramai 20 pemain disenaraik­an tanpa mendedahka­n namanama pemain tersenarai.

Walaupun tanpa kekuatan maksimum import, Kurniawan tekankan agar barisan pemainnya turun dengan keyakinan dan fikiran bahawa mereka mampu menghasilk­an kemenangan.

“Tidak hanya sasar seri... tidak...saya berharap dan kita sepakat di kepala mereka ini harus menang...tetapi kembali lagi, bola sepak ini bukan seperti matematik, satu campur satu jadi dua.

“Dalam bola sepak, apapun bisa terjadi. Saya harap kita dapat curi mata di sana,” kata Kurniawan.

Sebagai rekod, Sabah menewaskan Melaka 3-2 di Stadium Likas dalam saingan Liga Super hanya dijalankla­n secara liga satu pusingan musim lalu.

Sepak mula perlawanan malam ini adalah jam 9 malam dan berlangsun­g tanpa kehadiran penonton.

 ??  ??
 ??  ?? GIGIH: Kurniawan gigih membimbing pemain-pemain Sabah FC ketika sesi latihan di Stadium Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini.
GIGIH: Kurniawan gigih membimbing pemain-pemain Sabah FC ketika sesi latihan di Stadium Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia