Utusan Borneo (Sarawak)

Helikopter terhempas, 11 tentera Turki maut

Nahas berlaku dalam keadaan cuaca buruk, AS dan EU menyampaik­an ucapan takziah

-

ISTANBUL: Seramai 11 anggota tentera Turki terkorban apabila helikopter mereka terhempas dalam keadaan cuaca buruk di tenggara terpencil di negara ini kelmarin, kata pihak kementeria­n pertahanan.

Gambar di televisyen dari tapak nahas menunjukka­n kawasan yang diselaputi oleh salji dan tahap penglihata­n yang terjejas akibat awan tebal di wilayah pergununga­n.

Anggota perundanga­n parti pemerintah AKP Tolga Agar, yang berada dalam jawatankua­sa pertahanan di Parlimen, menyatakan dalam ciapan bahawa Leftenan Jeneral Osman Erbas adalah antara yang terkorban.

Erbas telah disenaraik­an secara rasmi sebegai ketua Kor Ke-8 dalam tentera Turki.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyampaik­an ucapan takziah kepada anak lelaki Erbas, Yigitalp, dan keluargany­a melalui satu panggilan telefon, menurut pejabat presiden dalam satu kenyataan.

Pihak kementeria­n pertahanan menyatakan kontak dengan helikopter tersebut telah hilang di wilayah Bitlis 30 minit selepas ia berlepas.

Ia pada mulanya menyatakan sembilan anggota tentera telah terkorban dan empat tercedera sebelum mengubah angka kematian kepada 11 orang pada lewat kelmarin.

“Saya berdoa kepada Tuhan agar memberkati sembilan orang syahid kami...

Penderitaa­n kami adalah amat besar,” jurucakap Erdogan Ibrahim Kalin menyatakan dalam ciapan sebelum itu.

Laporan media Turki menyatakan Menteri Pertahanan Hulusi Akar, Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu dan beberapa pegawai kanan tentera telah pergi ke kawasan nahas tersebut.

Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) segera menyampaik­an ucapan takziah mereka kepada negara sekutu NATO itu.

“Kami berkongsi kesedihan Turki yang sangat mendalam bagi kehilangan sembilan kakitangan tentera di Bitlis,” kata duta EU ke Turki Nikolaus Meyer-Landrut, yang mana kumpulan tersebut akan meneliti semula hubunganny­a dengan Ankara ketika persidanga­n di Brussels pada lewat bulan ini.

“Ingatan kami adalah bersama dengan keluarga mereka yang terjejas, dan kami mengharapk­an mangsa yang tercedera segera sembuh,” menurut kedutaan AS dalam satu ciapan.

Seorang sumber diplomatik Turki menyatakan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenber­g menyampaik­an ucapan takziah beliau melalui panggilan telefon dengan Menteri Luar Negeri Mevlut Cavusoglu, dan menambah bahawa pihak pakatan “bersama dalam solidariti dengan Turki”.

Kementeria­n pertahanan Turki menyatakan kemalangan melibatkan sebuah helikopter Cougar namun tidak memberikan maklumat mengenai modelnya.

Kumpulan helikopter pelbagai guna Cougar telah dihasilkan oleh Perancis dan sekarang dikeluarka­n oleh Airbus.

Kemalangan berlaku di sebuah wilayah di mana pasukan tentera Turki sering melakukan operasi ketenteraa­n terhadap militia penentang Kurdis.

Pada 2017, sebuah helikopter tentera terhempas di wilayah tenggara Sirnak berhampira­n sempadan Turki dengan Syria dan Iraq, mengorbank­an 13 anggota tentera. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERHEMPAS: Anggota penyelamat memeriksa bangkai helikopter tentera yang terhempas di timur Bitlis kelmarin.
— Gambar AFP TERHEMPAS: Anggota penyelamat memeriksa bangkai helikopter tentera yang terhempas di timur Bitlis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia