Utusan Borneo (Sarawak)

Tonton ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ secara eksklusif di iQiyi

-

MELUASKAN lagi koleksi drama tempatan, peneraju perkhidmat­an hiburan inovatif  iQiyi, akan menayangka­n drama TV3 berjudul ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ untuk penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Drama romantik seram ini merupakan drama cinta pertama dengan tema sihir yang dihasilkan barubaru ini.

Ia menggabung­kan artis berbakat besar seperti Nadia Brian dan Adi Putra, serta penampilan semula Sharifah Sakinah ke dalam arena drama TV3 sejak tahun 2019.

Drama ini mengisahka­n cinta tiga segi dan cinta tidak berbalas.

Seorang gadis muda, Laila (Sharifah Sakinah), telah jatuh cinta dengan Ezlan (Adi

Putra), namun kecewa apabila Ezlan memilih untuk berkahwin dengan kawannya Raihani (Nadia Brian).

Laila kemudian membawa hatinya yang lara jauh dari kampungnya.

Dengan bantuan ilmu sihir, Laila kembali ke kampungnya semula dan tekad untuk memenangi hati Ezlan dan ini menguji perkahwina­n bahagia 9 tahun yang telah dibina Ezlan dan Raihani serta dua orang anak mereka, Rais dan Ain.

Selain daripada kemunculan semula Sharifah Sakinah ke TV3, drama ini juga menyaksika­n penglibata­n semula beberapa orang artis lain ke layar perak.

Antaranya, Lana Nordin, yang memegang watak Embun yang kembali setelah empat tahun menyepi dalam dunia lakonan serta Nadia Brian yang kembali berlakon setelah penceraian­nya.

Drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’, yang mula distrimkan pada 17 Februari lalu dan akan ditayangka­n sehingga 15 Mac ini, merupakan salah satu judul yang tersedia melalui usaha sama kandungan drama antara pengeluar dan pengedar terbesar Malaysia, Primeworks Studios dan iQiyi.

Bulan lalu, platform penstriman ini mengumumka­n penambahan drama TV3 dengan ‘rating’ yang tinggi seperti ‘Rahimah Tanpa Rahim’ dan ‘Melastik ke Hatimu’ ke dalam koleksi senarai tontonan mereka.

Judul-judul yang ada dalam perkhidmat­an penstriman iQiyi akan disiarkan pada hari yang sama dengan siaran ke seluruh negara melalui saluran milik Media Prima, TV3.

Setiap episod baru serta senarai tontonan dramadrama ini akan tersedia dengan sari kata dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan boleh ditonton pada bila-bila masa secara percuma di www.iQ.com atau melalui aplikasi iQiyi yang boleh dimuat turun melalui App Store dan Play Store, atau melalui pautan http://bit. ly/iQIYI.

Sejak kemunculan buat pertama kalinya di Malaysia tahun lalu, iQiyi telah menyaksika­n prestasi yang amat memberangs­angkan dengan mencapai peningkata­n jumlah pengguna lebih 15 kali ganda semenjak platform ini menyediaka­n senarai tontonan tempatan.

Berhasrat untuk menjadi platform terulung bagi pengguna yang mencari hiburan berkualiti serta pengalaman digital tanpa sempadan, pengguna juga boleh menikmati pelbagai koleksi judul-judul dari Korea, Cina serta anime yang terkini dan popular.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia