Utusan Borneo (Sarawak)

IGPS terus beri manfaat

-

KUCHING: Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS) memberi manfaat kepada seramai 31,285 pelajar dari Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Labuan.

Penasihat Sarawak Volunteer Fazzrudin Abdul Rahman dalam satu kenyataan semalam berkata, sebanyak 13,167 permohonan bagi tahun 2020 telah diluluskan untuk skim tersebut yang menelan perbelanja­an RM3,830,700.

“Sejak program ini diperkenal­kan pada 2019, sebanyak 31,285 permohonan telah dikemukaka­n sehingga Disember 2020.

“Jumlah perbelanja­an untuk iGPS sehingga akhir tahun lepas adalah sebanyak RM9,266,100,” ujar beliau.

Fazzrudin yang juga ADUN Tupong berkata, buat masa ini, iGPS masih berjalan meskipun negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Program yang diumumkan pada 2019 oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu menurutnya, bertujuan untuk meringanka­n beban pelajar Sarawak yang ingin pulang ke negeri ini.

Tambah beliau, menerusi inisiatif iGPS, kerajaan negeri telah memberi subsidi tiket penerbanga­n sebanyak RM300 setiap seorang untuk satu perjalanan dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Labuan ke Sarawak.

“Antara syarat dan terma mendapatka­n subsidi iGPS ialah permohon mesti rakyat Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas ketika penerbanga­n, pelajar sepenuh masa di mana-mana IPT di Malaysia yang berdaftar dengan Kementeria­n Pendidikan.

“Seorang pemohon layak memohon sebanyak dua kali sahaja setahun dan mereka boleh mengemukak­an permohonan menerusi lawan sesawang Yayasan Sarawak,” ujarnya.

Pemohon juga boleh memuat turun aplikasi telefon pintar Aplikasi Yayasan Pelajar Sarawak untuk iOS (Apple App Store) atau Android (Google Play Store).

Maklumat lanjut mengenai iGPS boleh didapati menerusi laman sosial Facebook Sarawak Volunteers atau hubungi 0113322 1107 semasa waktu pejabat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia