Utusan Borneo (Sarawak)

HUKUMAN BERAT JIKA SABIT KESALAHAN LAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA: LEE

-

MIRI: Peruntukan denda sehingga RM100,000 dan penjara lima tahun di bawah UndangUnda­ng Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar akan dikenakan bagi mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka.

Menteri Bertanggun­gjawab Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin memberi peringatan kepada masyarakat untuk tidak sesekali melakukan pembakaran terbuka atau mereka akan berdepan dengan hukuman yang berat.

“Saya dimaklumka­n oleh Pegawai Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) Miri Joseph Uyo bahawa undangunda­ng ini telah dipinda dan diluluskan untuk dikuatkuas­akan mulai tahun ini.

“Oleh itu saya gesa semua agensi yang turun meronda untuk memberi amaran dan notis kepada petani-petani kecil, maklumkan kepada mereka undang-undang kita mengenai pembakaran terbuka telah diketatkan dan denda pun telah naik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pos kawalan di Kuala Baram di sini semalam.

Sehubungan itu, Lee yang juga Menteri Pengangkut­an Sarawak meminta kerjasama semua pihak untuk mematuhi undang-undang ini bagi mengelakka­n diri mereka diambil tindakan oleh penguatkua­sa.

“Kita bukan suka-suka nak ambil tindakan, kita ambil tindakan sebab terpaksa kerana mereka melanggar peraturan.

“Tindakan mereka yang membuat pembakaran terbuka ini menyebabka­n seluruh rakyat Miri menghadapi kesusahan terutamany­a mereka yang ada masalah kesihatan seperti asma,” ujarnya.

Oleh itu, Lee merayu kepada mereka yang bercucuk tanam di kawasan-kawasan yang dilaporkan kerap berlaku kebakaran pada tahun-tahun sebelumnya untuk tidak membuat pembakaran terbuka.

Hadir sama pada lawatan tersebut ialah Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong.

 ??  ??
 ??  ?? STRATEGI BAHARU: Lee (tengah) berpuas hati dengan pos kawalan yang diletakkan di sebuah kawasan di Kuala Baram bagi membolehka­n anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) melakukan rondaan mencegah kebakaran terbuka.
STRATEGI BAHARU: Lee (tengah) berpuas hati dengan pos kawalan yang diletakkan di sebuah kawasan di Kuala Baram bagi membolehka­n anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) melakukan rondaan mencegah kebakaran terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia