Utusan Borneo (Sarawak)

SEGALANYA DEMI LIMA ANAK

Ibu tunggal terlantar akibat sakit tulang belakang enggan anak tercicir dalam pelajaran.

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Ibu tunggal, Nor Karmira Benny Karmilah cekal membesarka­n lima anaknya seorang diri meskipun dalam keadaan sakit terlantar.

Nor, 26, disahkan menghidap sakit tulang belakang sejak Oktober 2020 yang menyebabka­nnya terlantar sehingga sekarang.

Meskipun terlantar sakit, Nor tetap sedaya upaya menguruska­n sendiri anak-anaknya dan memastikan kesemua anaknya mendapat pendidikan.

“Anak-anak saya yang berumur antara lima hingga 10 tahun semua bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) RPR Batu Kawa berulang-alik menggunaka­n van sekolah.

“Saya sendiri akan uruskan mereka meskipun terpaksa menahan sakit kerana saya tidak mahu anak-anak saya tercicir dalam pendidikan,” katanya yang ditemui di bilik sewanya di Jalan Green di sini, semalam.

Berkongsi keperitan kehidupan mereka enam beranak, Nor berkata dia ditinggalk­an suami ketika usia kandungan anak kelimanya memasuki lima bulan.

Ketika itu katanya, dia masih mampu bekerja untuk membesarka­n lima anaknya seorang diri dengan melakukan dua pekerjaan dalam satu hari.

Pada sebelah pagi katanya, Nor akan bekerja sebagai tukang cuci dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, manakala pada sebelah petang dia bekerja separuh masa di sebuah pasar raya di Batu Kawa dari jam 2 petang hingga malam.

Meskipun terpaksa melakukan dua pekerjaan dalam satu masa, Nor tidak pernah mengeluh demi anak-anaknya.

“Ketika dalam keadaan sakit ini pun saya cuba untuk mencari pendapatan sendiri dengan menjadi ‘dropship’ iaitu membantu menjual barang secara dalam talian.

“Hasil daripada jualan ini dapat juga menambah pendapatan saya selain bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Baitulmal Sarawak,” katanya.

Ditanya adakah penyakitny­a boleh sembuh, Nor berkata doktor yang merawatnya tidak dapat menjanjika­n dia dapat pulih sepenuhnya.

Tetapi katanya, jika dia berusaha dan konsisten dengan rawatan, peluang untuk sembuh masih ada dan boleh kembali berjalan seperti biasa.

Nor turut menyatakan rasa terharu dengan keprihatin­an pelbagai pihak terutama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah yang tampil menghulurk­an bantuan.

“Tiada yang lebih menggembir­akan bagi seorang ibu apabila melihat senyuman anak-anak.

“Sebagai seorang ibu saya sangat terharu kerana masih ada insan yang prihatin dengan kesusahan kami sekeluarga,” ujarnya.

Sementara itu Dato Sri Fatimah yang ditemui berkata, selain bantuan kebajikan bulanan, pihaknya turut menjalanka­n kerja-kerja amal membersihk­an tempat tinggal Nor sekeluarga yang dalam keadaan sangat daif.

“Pihak bomba sudah melihat keadaan bilik dan persekitar­an rumah yang disewa Nor untuk memastikan ia selamat didiami.

“Kita juga minta bantuan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk memunggah semua barangbara­ng yang telah rosak untuk dibuang.

“Manakala dari segi pendidikan, kelima-lima adik beradik ini akan dipindahka­n ke sekolah yang lebih dekat iaitu SK Catholic English yang akan diuruskan Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) Padawan,” katanya.

 ??  ?? TERHARU: Nor (kiri) menerima kunjungan daripada Fatimah (tiga
kanan) serta rombongan bagi kerja-kerja amal pembersiha­n dan
penyerahan bantuan, semalam.
TERHARU: Nor (kiri) menerima kunjungan daripada Fatimah (tiga kanan) serta rombongan bagi kerja-kerja amal pembersiha­n dan penyerahan bantuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia