Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki edar dadah dicekup di Bau

Suspek cemas ditahan polis serah bekas plastik mengandung­i peket berisi syabu

- Oleh Jeremy Lanson

“Sebaik sahaja diperiksa, pemandu terbabit dalam keadaan cemas dan meragukan telah menyerahka­n satu bekas plastik yang kemudian didapati mengandung­i lima peket plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu.

DSP Poge Nyaon Ketua Polis Daerah Bau

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah susulan penemuan kira-kira 5.14 gram dadah disyaki syabu dalam satu operasi semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata bertindak kepada laporan dan risikan yang dibuat, anggotanya telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Blimbin Krokong, di sini iaitu sekitar jam 10.45 pagi.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 30 tahun dan beralamatk­an dari Kampung Bijuray, di sini ditangkap dalam serbuan tersebut.

“Anggota operasi telah menahan sebuah kereta di hadapan rumah tersebut yang dipandu oleh seorang lelaki (suspek).

“Sebaik sahaja diperiksa, pemandu terbabit dalam keadaan cemas dan meragukan telah menyerahka­n satu bekas plastik yang kemudian didapati mengandung­i lima peket plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, suspek kemudian ditahan dan dadah dirampas untuk siasatan lanjut.

“Anggaran nilai rampasan dadah ialah sekitar RM750,” katanya.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 39(A) (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukuman penjara 2 hingga 5 tahun dan juga dikenakan hukuman 3 hingga 9 sebatan. “Suspek juga disiasat dibawah Seksyen 15(1) ADB 1952 kerana didapati positif dadah,” katanya.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Lima peket syabu yang diserahkan oleh suspek.
BAHAN BUKTI: Lima peket syabu yang diserahkan oleh suspek.
 ??  ?? BERKAS: Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
BERKAS: Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia