Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Indonesia masuk Malaysia tanpa dokumen sah dipenjara dan sebat

-

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dipenjara lima bulan dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana memasuki negara tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Steve Ritikos terhadap tertuduh, Wewe, 26, yang mengaku bersalah di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) (Pindaan 2002).

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau keduaduany­a sekali, dan boleh dikenakan sebatan maksimum enam, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 4 Februari lalu, jam 3.55 petang semasa berada di sebuah rumah di Kampung Semerah Padi Baru, Semariang, di sini.

Hasil siasatan mendapati tertuduh yang berasal dari Desa Gerantung, Kalimantan Barat Indonesia itu masuk ke negara tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah dan semakan di Jabatan Imigresen Malaysia mendapati tiada maklumat pergerakan masuk atau keluar membabitka­n tertuduh.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki warga Indonesia dipenjara lima bulan dan dikenakan satu sebatan kerana melakukan kesalahan sama memasuki negara tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Fengki Chayadi, 21, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut pada 7 Februari lalu, jam 2 petang di sebuah kafe di Jalan Sultan Tengah, Semariang, di sini.

Sehubungan itu, tertuduhdi­sabitkan mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Ilham Kamaruddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia