Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Sarikei terima 36 kes berkaitan ular pada Jan-Feb

-

SARIKEI: Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarikei menerima sebanyak 36 kes berkaitan dengan ular sejak Januari hingga Februari tahun ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata pada Januari lalu sebanyak 22 kes dan Februari (14 kes) berkaitan dengan ular diterima Bomba.

“Kebanyakan kes itu, kami menerima laporan berkaitan ular pelbagai jenis ditemui di kediaman penduduk.

“Berdasarka­n pemantauan kami, jumlah ular berhampira­n kawasan kediaman penduduk mungkin besar disebabkan faktor cuaca dan persekitar­an,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, sepanjang tahun lalu Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei menerima sebanyak 235 kes berkaitan dengan ular.

Antara jenis ular dikenal pasti sering menceroboh ke kawasan rumah penduduk seperti ular sawa, tedung, tiung cincin emas dan beberapa spesies lain.

“Kita menasihatk­an masyarakat jika berhadapan dengan ular berbisa seperti ular tedung atau tiung cincin emas ataupun ular lain tidak dapat dipastikan jenisnya berada di kediaman mereka hubungi Bomba dan jangan bertindak menangkapn­ya.

“Ini kerana tindakan menangkap ular tanpa latihan dan langkah tertentu boleh mengundang bahaya kepada masyarakat,” jelasnya.

Pada masa sama, Mahmudin turut menasihati masyarakat agar menjaga kebersihan kawasan kediaman mereka.

“Ular suka bersarang di tempat redup dan terselindu­ng seperti longgokan sampah dan kayu, tambahan pula kawasan itu amat sesuai dengan habitat utama sumber makanan ular,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan ular berjaya ditangkap anggoba bomba dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh kediaman penduduk.

 ??  ?? MAHMUDIN
MAHMUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia