Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk tak mengaku lakukan amang seksual terhadap cucu kandung

-

KUCHING: Seorang datuk berusia 65 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap cucu kandung perempuann­ya yang berusia tujuh tahun.

Tertuduh yang merupakan pesara kerajaan membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa dengan meletakkan kemaluanny­a pada kemaluan mangsa untuk tujuan seksual antara 27 Julai hingga 4 Ogos 2020, di kediaman mereka di Batu Kawa, di sini.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntu­kan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memohon agar tertuduh diberikan ikat jamin tunai RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dengan syarat tertuduh tidak mendekati mangsa memandangk­an kedua-duanya mempunyai pertalian darah.

Peguam Gerald Donald yang mewakili tertuduh bagaimanap­un memohon anak guamnya diberikan ikat jamin mahkamah dengan deposit RM1,000, dengan mengambil kira faktor tertuduh merupakan pesara kerajaan.

Jelas Gerald, anak guamnya juga berjanji untuk hadir ke mahkamah setap kali sebutan kes sehingga semuanya selesai.

Sehubungan itu, Hakim Jason Juga menetapkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan RM2,000 didepositk­an berserta dua penjamin tempatan yang mempunyai alamat tetap dan pekerjaan.

Tertuduh juga diingatkan mahkamah untuk tidak mendekati mangsa dan ahli keluarga mangsa dan kegagalan mematuhi syarat tersebut akan mengakibat­kan ikat jaminnya ditarik balik.

Mahkamah turut menetapkan 7 April depan sebagai pengurusan kes.

Selain Gerald, tertuduh juga diwakili peguam, Steven Beti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia