Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif selesai tunggakan pinjaman PTPTN anak Sarawak

Kerjasama antara Yayasan Sarawak dan PTPTN diharap ringankan beban pelajar daripada hutang demi pendidikan: KM

- Oleh Jessica Jawing

“Maka itu, saya telah mencari ikhtiar bagaimana untuk kita membantu meringanka­n dari sudut pembayaran hutang dan saya telah membuat keputusan melantik Yayasan Sarawak bekerjasam­a dengan PTPTN dalam perkara ini. ”

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KUCHING: Kerjasama antara Yayasan Sarawak dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diharap dapat menyelesai­kan isu tunggakan bayaran pinjaman PTPTN pelajar anak Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau berharap kerjasama itu juga dapat menghasilk­an sesuatu yang mampu meringanka­n beban pelajar daripada hutang dalam usaha mereka mendapatka­n pendidikan lebih baik.

“Kerjasama kedua-dua pihak ini adalah mengenai isu pembayaran balik hutang anak-anak Sarawak yang telah berjaya dalam pengajian mereka tetapi menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman.

“Maka itu, saya telah mencari ikhtiar bagaimana untuk kita membantu meringanka­n dari sudut pembayaran hutang dan saya telah membuat keputusan melantik Yayasan Sarawak bekerjasam­a dengan PTPTN dalam perkara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefaham­an antara Yayasan Sarawak yang diwakili Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang dan PTPTN yang diwakili Ketua Eksekutifn­ya Ahmad Dasuki Abdul Majid di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Menurut Abang Johari, kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak telah menyediaka­n peruntukan RM30 juta sebagai permulaan untuk membayar balik pinjaman pelajar anak Sarawak.

Katanya, di bawah inisiatif berkenaan ia hanya layak bagi pelajar yang telah membayar sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman PTPTN mereka dan Yayasan akan membayar 30 peratus daripada baki pinjaman tersebut.

“Bagaimanap­un bagi yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda kelas pertama, pinjaman mereka akan ditukar kepada biasiswa.

“Bantuan daripada kerajaan negeri kepada pelajar anak Sarawak ini akan berpanduka­n kepada proses Yayasan Sarawak kerana mereka mempunyai pengalaman, di mana mereka turut menyediaka­n pinjaman kepada pelajar kita,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Dasuki dalam ucapannya berkata, inisiatif kerajaan Sarawak itu merupakan langkah proaktif dan satu-satunya kerajaan negeri yang bertindak sedemikian dengan memperuntu­kkan amaun cukup besar.

“Sewajarnya inisiatif kerajaan negeri Sarawak ini dipuji dan menjadi ikutan serta contoh kepada kerajaan negeri lain dalam membantu rakyatnya membayar baki hutang pinjaman PTPTN.

“Usaha ini juga dilihat amat sesuai di kala pendapatan dan kewangan rakyat terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara,” katanya.

Beliau berkata, bagi negeri Sarawak sehingga 31 Disember 2020, pinjaman PTPTN telah disalurkan kepada seramai 195,350 peminjam melibatkan RM4.7 bilion.

Katanya, terdapat juga peminjam PTPTN yang terkecuali daripada membuat bayaran balik kerana memperoleh Ijazah Sarjana Muda kelas pertama dan ia melibatkan seramai 3,429 peminjam dengan peruntukan berjumlah RM88.7 juta.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TERMETERAI: Abang Johari (tengah) menyaksika­n pertukaran MoU antara Azmi (dua kiri) yang mewakili Yayasan Sarawak dan Ahmad Dasuki yang mewakili PTPTN, semalam.
— Gambar Penerangan TERMETERAI: Abang Johari (tengah) menyaksika­n pertukaran MoU antara Azmi (dua kiri) yang mewakili Yayasan Sarawak dan Ahmad Dasuki yang mewakili PTPTN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia